Salam Reformasi KEMELUT PICNIC
100,000 25 MARCH 2001 (Teluk Kemang) Tulisan datang dari "orang atas pagar" yang mempersoalkan kemelut Program Picnic 100,000 yang diberitakan mendapat tentangan dan seterus menjadikan program itu tidak berjaya. Tulisan Orang Atas
Pagar (klik
sini) Komentar tidak hairan perkara ini berlaku tetapi tertarik dengan balasan posting dari Awang Siber. Awang Siber mengemukakan hujah seolah-olah beliau sudah sedar akan pelbagai landasan yang timbul dalam perjuangan kita ini. Landasan-landasan ini membawa arus yang agak berbeza dalam parti itu sendiri.(Parti yang Komentar maksudkan adalah Parti Keadilan Nasional) Tulisan Awang Siber (klik
sini) Awang Siber dalam tulisannya mengatakan antara lain ialah penulis sedang memberi sedikit "hint" bahawa antara bahaya yang akan melanda keADILan adalah serangan dari dalam. Awang Siber secara tidak langsung mengatakan bahawa " kenapa reformasi tidak juga menang-menang". Satu persoalan yang perlu difikirkan. Sungguhpun begitu kedua-dua penulis nampak masih cuba menulis berlapik sedangkan ianya pada Komentar jelas. Masalah kita sekarang ini adalah landasan hala tuju yang pelbagai baik dari keikhlasan perjuangan tetapi berlainan tektik sehinggalah pengkhianatan perjuangan yang berlapis-lapis kerana terlampau melihat semua perkara melalui sudut politik sahaja. Ingat dalam satu tulisan Komentar beberapa hari lalu yang mengatakan bahawa kita terlajak jauh dalam politik sehinggakan kalau dibuat pilihan antara kebenaran,keadilan dan keputusan politik maka keputusan politik "khususnya politik diri" dijadikan priority No 1. Komentar juga pernah mengklasifikasikan mereka yang telalu asyik dengan politik sebagai politikus mentah yang tidak tahu arah tujuan mereka. Berbalik kepada landasan kita yang kini bercabang, Komentar pernah diberitahu oleh seorang Setiausaha Perhubungan Negeri, yang dapat simpulkan sebagai berkata " kita harus pisahkan antara reformis dengan Parti Keadilan Nasional". Katanya lagi "reformis tu reformis dan parti itu parti dan pemisahan perlu. Bukankah ini satu pandangan sempit tetapi malang pandangan sempit ini menular demi motif dan agenda politik tertentu. Jangan cepat melenting! Komentar tahu suara Komentar akan cepat di "gam" sebagai pengkhianat perjuangan tetapi bagi Komentar mereka yang mendokong kemungkaran atau menutup kemungkaran baik dalam keADILan mahupun dalam mana-mana organisasi adalah pengkhianat. Komentar pernah menyebut " mengetahui kelemahan adalah syarat bagi menjana kekuatan dan kritikan harus diambil sebagai sesuatu yang positif dan jangan terus menyerang membabi buta tukang kritik tersebut. Berbalik kepada landasan tersebut, dari riak penulis dan Awang Siber ada terkandung sesuatu yang menyatakan bahawa beberapa landasan sudah terbit dan landasan ini tidak menuju kepada kekuatan untuk menjana kemenangan. Kalau dari artikel/posting tersebut percanggahan wujud antara orang parti dan golongan reformis. Seterusnya ini mengganggu gugat perpaduan orang parti, golongan reformis dan rakyat dalam ertikata pendokong reformasi. Kita akur antara salah satu motto perjuangan ini adalah mengembalikkan hak rakyat dan menegakkan slogan suara rakyat suara keramat. Malangnya apakah ini tepat dalam keadaan wadah politik kita bertaburan? Kalau mahu kita katakan realiti kajilah dalam arena kepartian kita sudah terbelah khususnya berbezaan puak dan kem. Lebih dari itu dalam reformis juga sudah terbit beberapa landasan yang berbeza dan kerana perbezaan itulah reformasi masih berada ditakok yang sama. Apakah ini mampu membawa kita selangkah kearah kejayaan dalam perjuangan ini. Komentar juga tertarik tentang politik baru yang disebutkan Pemuda. Definasi menyeluruh masa belum diterima pakai sedangan kalau tidak silap Komentar kepimpinan Pemuda ada menjanjikan satu buku kecil mengenai politik baru. Apapun jangan politik baru budaya lama sudah-lah. Komentar |