Komen
Orang Atas Pagar
PICNIC 100,000 Rakyat
Tue Mar 27 14:14:58 2001
PICNIC 100,000 Rakyat pada 25 Mac 2001 yang lalu di Telok Kemang dengar
khabarnya mencetuskan kontroversi di kalangan pimpinan KeADILan dan sekumpulan
REFORMIS. Kenapa hal ini berlaku ?. Apakah salahnya jika kalian sama-sama
bergotong royong membantu menjayakan PICNIC 100,000 Rakyat tersebut ?.
Kenapa kalian tidak bersetuju dengan 'idea cantik' yang diusulkan oleh
sekumpulan orang yang tidak punya apa-apa jawatan dalam PKN samada di peringkat
Cawangan, Bahagian, Perhubungan Negeri mahupun MPT. Persoalan yang mungkin
timbul di dada kalian adalah: konon-kononnya penganjur tidak mengikut prosedur
dan saluran yang betul dalam menganjurkan PICNIC ini. Prosedur atau saluran yang
bagaimana yang kalian maksudkan ?. Kepartian, ke NGO's an atau ke NGI's an.
Bukankah PKN kini sibuk menjaja POLITIK BARU. Apa dia Politik Baru itu ?.
Sefaham Orang Atas Pagar Politik Baru itu bermaksud "Sistem Piramid
Terbalik". Maknanya: Rakyat Di Atas dan Ahli Politik Di Bawah.
Bukan macam sekarang: Rakyat Di Bawah dan Ahli Politik Di Atas - Lenguh kita dok
memikul. Nak 'topple' orang atas dah tentu mustahil kerana siapa berani nak
panjat piramid ?. Takut kena panah atau ditombak dari orang yang ada di bahagian
atas sesuatu piramid.
Inilah baiknya Sistem Piramid Terbalik kerana ianya benar-benar mendaulatkan
Suara Rakyat Sebagai Suara Keramat. Asal saja suara rakyat yang hendak
didaulatkan itu berakar dan bertunjangkan AlQuran dan Hadis. Bukan hanya slogan
kosong tajaan Ahli Politik Murahan (maaf: tak kira dari mana-mana parti politik
sekalipun termasuk UMNO, PKN atau PAS sekalipun).
Tak taulah kalau ada pemimpin PKN yang menaja Politik Baru dah tukar pulak
konsep Piramid terbalik tu menjadi Konsep 4 segi atau bulatan pulak. Itu dah
jadi REVOLUSI, bukan REFORMASI lagi...,
Jika kalian asyik sibuk dengan demonstrasi jalanan dan dikhabarkan memberikan
tumpuan kepada BLACK 14, alamat pendeklah umur PKN yang sepatutnya punya masa
depan yang cerah berkuasa di Malaysia suatu hari nanti. Kenapa tidak anda
merancang, bertindak dan bergerak mengikut kajian psikologi serta mood rakyat
Malaysia yang ada dalam negara tercinta bernama Malaysia ini. Kajilah dulu style
perwatakan bangsa Malaysia sebelum itu semua kalian lakukan. BUKANNYA APA: KAMI
TAKUT PERBUATAN KALIAN ITU TIDAK POPULAR dan hanya akan menjauhkan rakyat dari
PKN yang kita sayangi ini.
Isu kedua adalah REFORMIS: Adakah gelaran REFORMIS hanya dikurniakan kepada
sekumpulan manusia maha istimewa di Malaysia ini ?. Bagaimana pula yang lain ?.
Apakah Simbol 'R' itu hanya boleh dimiliki oleh segolongan manusia-manusia
istimewa ini ?. Bila pulak Simbol 'R' itu dipatenkan sebagai ®
atau (TM) ?.
Dalam pemerhatian Orang Atas Pagar: Tak timbul soal penganjur PICNIC nak
mengecewakan mana-mana pihak dalam penganjuran PICNIC ini, cuma mereka nekad dan
cuba menguji dalam beberapa hal iaitu:
- Sejauh mana orang politik (tak kira UMNO, PKN mahupun PAS) yang konon-kononnya
memperjuangkan Politik Baru itu benar-benar berpegang dengan apa yang
diungkapkannya ?.
- Sejauh mana karenah politiking yang ada dalam sebuah parti yang mendakwa
dirinya mengamalkan ketelusan, keadilan dan keterbukaan pendapat serta
kepelbagaian variasi pemikiran ?.
- Ada manusia yang mendakwa diri mereka membenci semua parti politik termasuk
PKN. Beberapa ketika sebelum ini mereka amat kuat menghentam PKN yang
konon-kononnya tidak punya keberanian seperti kumpulan mereka iaitu REFORMIS.
Mereka tak suka main politik konon-kononnya. Tetapi mengapa dalam isu PICNIC
kalian pun nampaknya turut bermain politik. Kalau tidak masakan terdengar
rintihan beberapa 'REFORMIS terkemuka' yang mendakwa diri mereka kecewa tidak
dipanggil atau dimaklumkan terlebih dahulu sebelum Penganjur PICNIC 100,000
Rakyat merancang untuk menganjurkan PICNIC berkenaan. Hai, nak main politiking
juga ke REFORMIS kita ?. Entahlah.... Orang Atas Pagar pun sendiri pun jadi
pening dengan perangai manusia ini. Nampaknya Orang Atas Pagar kenalah aktif
menaja Program MeREFORMASIkan semula REFORMASI. Setuju ?.....Kalau tidak Orang
Atas Pagar takut: PKN entah ke mana ?. REFORMASI entah ke mana ?. Sama-samalah
kita fikirkan..
ORANG ATAS PAGAR
Akan sokong UMNO jika UMNO betul. Contoh: Kenyataan rasional dari YAB Tuan Guru
Nik Aziz; "saya akan sokong UMNO jika parti itu sedia mengubah
perlembagaannya menjadi sebuah Parti Islam."
Dan akan 'tiau' PKN atau PAS jika mereka silap dan tak laksanakan apa yang
AlQuran & Hadis gariskan. Soal Politik Baru bukankah sebahagian daripada
Konsep setiap manusia itu adalah Khalifah.
Mari sama-sama kita fikirkannya...