Awang SIBER
SETUJU, KERANA PANDANGAN INI AGAK RASIONAL
Tue Mar 27 18:19:07 2001
Penulis amat setuju dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh Orang Atas
Pagar ini. Pada hemat penulis beliau merupakan seorang yang amat perihatin dan
mengamalkan style pemikiran "Politik Tinggi" dalam setiap gerak
perbuatan, tindakan serta pertuturannya.
Penulis tidak bermaksud untuk menidakkan pendapat serta pandangan orang lain
berhubung isu ini. Cuma sebagai seorang yang Merdeka hidup di muka bumi Allah
SWT ini di mana kita sebagai hambanya wajib berusaha menuju ke proses
pengislahan semula hidup (to reform again) ke arah kehidupan yang lebih syumul,
pandangan ini dianggap relevan.
Bukankah ternampak dalam jiwa beliau kegusarannya mengenai nasib serta masa
depan Parti KeADILan Nasional (PKN - sepertimana yang dirujuk oleh beliau) akan
timbulnya elemen-elemen perosak yang datangnya tidak disangka-sangka dari dalam
organisasi itu sendiri. Dan pada hemat penulis, beliau cuba sedaya upaya
memberikan sedikit 'hint' mengenai elemen yang penulis maksudkan tadi menjalar
di dalam KeADILan dan REFORMASI itu sendiri.
Penulis turut berpendapat langkah-langkah yang sewajarnya perlu difikirkan dan
diambil oleh rakan-rakan pimpinan KeADILan dan juga REFORMIS dalam rangka kerja
'memasarkan' perjuangan KeADILan bahkan REFORMASI itu sendiri kepada Orang-Orang
Atas Pagar (maksud penulis selain daripada Orang Atas Pagar dalam isu ini) yang
selama ini memandang dengan penuh minat pertempuran kedua-dua belah pihak iaitu
antara BA dengan BN.
Selama ini pihak musuh (iaitu BN) telah mendominasi pasaran dan kepercayaan
Orang-Orang Atas Pagar (Rakyat Marhain) hanya dengan memainkan sentimen
psikologi lebih daripada menggunakan elemen-elemen perperangan yang lain. Di
satu pihak (iaitu BA) pula asyik tak habis-habis menumpukan seluruh usaha dan
tenaga mereka yang semakin terbatas dengan bertindak-balas terhadap serangan
musuh melalui penggunaan elemen-elemen infantri tanpa artileri, kalvari ataupun
perisikan. Inilah punca BA masih belum berjaya memenangi hati 22 juta rakyat
Malaysia hingga ke hari ini.
Maka terjawablah sudah pertanyaan orang, "kenapa agaknya REFORMASI di
Malaysia ni belum berjaya lagi ?". Jawapannya mudah:
Ibarat Mydin mahu berniaga. Sudah punya lesen Perniagaan & Lesen Bandaraya.
Bukaklah supermarket besar-besar dengan mengadakan promosi GRAND SALE yang
hebat-hebat. Barulah ramai pelanggan yang datang dan membeli belah.
Apa akan jadi jika Mydin takut untuk berniaga walaupun sudah cukup serba-serbi
?. Bukak kedai pun mahu tak mahu aje caranya. Dekorasi dalaman dan luaran pulak
macam rumah hantu. Mana pelanggan nak datang ?.
Jadi kesimpulannya adalah bukan niat penulis untuk menyebelahi mana-mana pihak
dalam hal ini. Cuma apa yang lebih penting adalah proses perubahan di Malaysia
adalah ianya pasti akan berlaku secara evolusi yang memerlukan kesungguhan
setiap dari kita pendokong BA dan REFORMASI untuk menilai semula apakah kita
sudah berbuat secukupnya untuk memenangi Perang Psikologi bila berdepan atau
menyerang pihak musuh.
Dan Golongan Pemuda dalam 'mata' amat tidak menghargai penggunaan elemen ini
walaupun telah ditakdirkan Allah SWT di dalam parti mereka dikurniakan seorang
yang amat arif dalam bidang Perang Saraf ini iaitu YBhg Ayahanda Dato' Dr Wan
Ismail. Siapa yang mahu merujuk kepada Ayahanda yang memang terlalu faham dengan
sepak-terajang politik musuh kita selama ini ?. Adalah seorang-dua. Itupun bila
datang kursus Perang Saraf bila disediakan nasi bungkus. Kalau tak, tak tahulah
penulis.
Sekian.
Awang SIBER