BILA UMNO BERGOLAK DR MAHATHIR SEMAKIN RESAH

Benarkah bunga-bunga pergolakan dalaman UMNO sudah terbayang? Salah satu tulisan dalam majalah ISU mengatakan bahawa tokoh-tokoh koprat yang kini telah meninggalkan jawatan UMNO kini bergabung bagi menentukan agar UMNO berubah kepimpinan. Mungkin mereka mahukan Presiden UMNO untuk melepaskan jawatan dan mengadakan satu bentuk perubahan dalam UMNO. Komentar terfikir sendirian, kalau tekanan wujud di luar parti UMNO untuk Dr Mahathir meletak jawatan dan kini di ikuti dengan tekanan dalaman yang turut mendesak Dr Mahathir melepaskan jawatan maka kedudukan Dr Mahathir amat kritikal. Kedudukan ini bukan sahaja meresahkan Dr Mahathir malah kuncu-kuncu rapatnya juga akan turut gelisah.

Komentar pernah mengatakan bahawa satu laman UMNO-REFORM wujud dengan tugasan memantau UMNO. Komentar sempat membaca posting-posting nya dan secara ikhlas postingnya mengenai kritikan terhadap UMNO agak matang dan lebih realistik. Sungguhpun kritikannya terhadap Barisan Alternatif dan keADILan bagi Komentar tidak tepat dan menyongsang tetapi beberapa ikhtibar perlu kita ambil demi menentukan kejayaan Reformasi. Komentar kekadang terfikir siapakah dibelakang UMNO-REFORM ini? Apakah dibelakangnya terdiri dari tokoh-tokoh koprat yang sudah hilang kepercayaan kepada UMNO atau UMNO-REFORM ini terdiri dari mereka yang bersimpati dengan Sdr Anwar Ibrahim. Siapa ye...tak salah kalau Komentar mengagak sendirian. Biarlah tekaan tersebut menjadi tekaan Komentar tetapi kalau benar ada dan terdapat unsur-unsur reformasi dalam UMNO dan digabung dengan tekanan dari kita yang begini hebat maka tidak lama lagi insyallah BEBASLAH SDR ANWAR IBRAHIM, dan akan dia kita tabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.  


Bagi yang kuat pegangan reformasi dan ingin melihat laman UMNO-REFORM klik sini tetapi awas kemungkinan ini juga satu cy-war UMNO yang kononnya menyebelahi reformasi dan kemudiannya menyampaikan mesej untuk mengelirukan kita.

Reformasi..