Salam
Reformasi
06-07-2001
Biarlah, mungkin dia tak ingat yang kita ingat atau
dia lupa yang kita ingat.
Julai, Ogos dan September. Tidak lama lagi kita akan menuju ke bulan September.
Bulan September inilah bulan nostalgia bagi pendokong reformasi dan bulan paling
sebok untuk ahli konspirasi. Sebok mencaturkan pelbagai agenda bagi kegunaan
tertentu yang akan terus mencacatkan keadilan dan hak kemanusian di bumi
Malaysia ini. Apa pun bulan inilah yang menjadi permulaan perjuangan reformasi
dan bulan inilah kita menyaksikan permulaan kemelut politik Malaysia.
Sejak
dari September 1998 sehingga Sept 2001 pelbagai peristiwa tercatat dalam lipatan
buku sejarah kita. Hampir 3 tahun MELAYU TIDAK
LUPA peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim serta rintitan peristiwa yang berlawanan dengan keadilan negara kita
ini. Mungkin kali ini MELAYU TIDAK LUPA atau
mungkin selama ini melayu sebenarnya tidak pernah lupa akan peristiwa-peristiwa
yang berlaku khususnya mulai Sept 1998 sehingga kini.
Habis siapa yang sebenarnya lupa? Habis.... APAKAH
SEBENARNYA YANG KITA TERLUPA?. Ahh....teringat pula
sebuah lagu yang memuji keindahan pembangunan negara ini. Bunyinya macam ni...Dia
dok kata kita lupa....lupa tak mana pula.... dan
seterusnya...dia dok gebang menara kita....menara
berkembaq dua......
Betul juga lagu ini. Kita lupa tak mana ya.. apakah
sebenarnya yang kita lupa? Apakah sebenarnya kita tidak tahu bersyukur?
Biarlah, mungkin dia tak ingat yang kita ingat atau
dia lupa yang kita ingat.
Jesteru itu harus kita sematkan dalam diri,
Melayu tidak lupa dan Melayu dahulu bukan haprak. Mungkin kita yang pelupa, lalu
tidak ingat pengorbanan jiwa Melayu yang berjiwa besar untuk menjamin hak
agama,bangsa dan negara di pegang oleh rakyat.