“Dengan ini kami mengistiharkan solidariti
kami dengan pemimpin-pemimpin Suqiu dan menganggap perjuangan mereka sebagai
perjuangan kami.”
Penyataan Lokman Noor Adam dan beberapa aktivis lain
Tulisan Pendokong Reformasi
Terlebih dahulu buat web master , jangan
ketepikan tulisan ini. Terima Kasih.
Selaku mereka yang taat pada tuntutan
reformasi saya ingin menyokong kenyataan Lokman Noor Adam & Friends.
Saya yakin kenyataan Web Master tersebut
bertentangan dengan semangat reformasi. Saya tidak mahu menuduh web Master
tersimpang dari tuntutan reformasi Anwar Ibrahim tetapi mungkin tersalah tafsir
atau tersalah komunikasi.
Saya
lihat kenyataan Wan Azizah pada Utusan Malaysia bertarikh 17 Disember 2000.
Saya percaya kenyataan beliau telah di putar belitkan oleh Utusan
Malaysia. Saya percaya Utusan Malaysia
telah sengaja meletakkan kenyataan
sebegini untuk mempengaruhi kita para reformasi.
Kenyataan
Wan Azizah Di Utusan Malaysia
“KUALA LUMPUR 16 Dis. - Pakatan pembangkang menolak tuntutan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) yang bertentangan dengan asas perlembagaan negara khususnya pemansuhan status bumiputera dan bukan bumiputera serta sistem kuota.
Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail berkata, konsep perlindungan kepada kedudukan istimewa bumiputera
telah termaktub dalam perlembagaan negara.
''Bagi kami, (konsep itu) bermakna membantu secara adil bumiputera
yang miskin dan yang tertinggal dari arus pembangunan negara,'' katanya dalam
kenyataan akhbar yang difakskan ke sini, hari ini.”
Mungkin keghairahan Web Master mendokong Wan Azizah dan tidak meneliti penipuan Utusan Malaysia menyebabkan mereka terus menolak penyataan Suqiu. Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan hakikat Utusan Malaysia adalah surat kabar pembelit hasil mainan BN.
Saya setuju dengan Lokman Noor Adam dalam kenyataannya bahawa perjuangan Suqiu adalah perjuangan kami. Saya juga meneliti perkara-perkara yang dikatakan sensitive tersebut. Saya dapati semua tuntutan Suqiu berasas dan tidak nampak sedikit pun sebab kenapa Web Master menolak beberapa perkara dalam Suqiu.
Saya kemukakan beberapa perkara yang menjadi sentimen penolakkan Web Master ( sungguhpun tidak di tulis oleh mereka tetapi saya percaya inilah yang membuat mereka tersalah anggap)
Dipetik dari terjemahan resmi Rayuan Suqiu
Mengambil langkah untuk memansuhkan perbezaan antara 'bumiputera /
bukan
bumiputera' dalam semua bidang.
Hapuskan sistem kuota untuk kemasukkan universiti.
Kebudayaan semua kaum dan agama haruslah dilayani secara saksama oleh
media
dan badan-badan kebudayaan rasmi.
Berikan layanan yang adil bagi badan-badan agama yang berlainan dalam
hal
penyebaran, perkembangan, mendapat kemudahan rasmi kerajaan serta
dilayani
dengan saksama oleh media rasmi.
Saya sependapat dengan Sdr Lokman yang
mewakili reformis lain bahawa perkara di atas bukan menghapuskan hak
keistimewaan orang melayu. Ianya adalah satu yang perlu di perjuangkan demi
demokrasi dan keadilan.
Petikan dari Penyataan Bersama Lokman dan rakan beberapa rakan
reformis
Kami menegaskan bahawa Gerakan Reformasi adalah gerakan pelbagai kaum
yang berdasarkan prinsip kebenaran, keadilan dan prinsip sama rata. Kami juga
menegaskan bahawa perjuangan reformasi adalah berteraskan ketuanan rakyat,
iaitu rakyat pelbagai kaum secara kolektif dan bukannya ketuanan mana-mana kaum
tertentu.
Ini baru
perjuangan yang adil. Reformasi menuntut keadilan dan bukan berteraskan
ketuanan mana-mana kaum. Kita perlu mengambil ikhtibar dari tulisan Lokman dan
rakan-rakan reformasi yang lain dan tidak seharusnya menolak reformasi yang di
laungkan oleh Suqiu.
Kita
harus menerima keseluruhan rayuan Suqiu kerana ini akan meletakkan kita ke
tahap keadilan yang senantiasa kita tuntut. Kita percaya andai rayuan Suqiu
tersebut di terima oleh kerajaan zalim Mahathir maka kita rakyat Malaysia akan
hidup aman dan damai.
Saya
percaya Suqiu adalah dokongan kaum Cina yang dapat menjanakan kejayaan kita di
Lunas. Saya membaca perkara ini sebagai
“ Sunggguhpun Suqiu tidak pernah menyatakan bantahan mereka
terhadap kezaliman ke atas Sdr Anwar Ibrahim (per say) dan sokongan terbuka mereka terhadap Gerakan
Reformasi tetapi 83 perkara tersebut JELAS BERJUANG BERSAMA-SAMA KITA GERAKAN
REFORMASI DAN KITA AKAN JUGA BERJUANG
BERSAMA-SAMA MEREKA”
Saya juga membaca tuntutan Suqiu sebagai berikut :
“Saya yakin bahawa Perhimpunan Aman kita di dokong oleh mereka dan
melalui 83 point mereka. Mereka mementang tangkapan dan keganasan polis ”
Mereka juga tergolong dari mereka yang berani memperjuangkan reformasi
bersama-sama kita baik di jalanan mahupun melalui desakan memorandum dan rayuan”
Oleh itu saya menasihatkan Web Master yang bertindak menolak Suqiu
untuk meneliti semula supaya jelas bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan
kita. Saya tidak mahu menyalahkan Web Master, mungkin pembacaan politiknya
tidak mendalam memandangkan kita sama-sama baru dalam politik (mungkin kot).
Oleh itu saya sarankan agar Web Master sebelum membuat satu
perkara berhubung dengan Lokman Noor Adam yang sudah masak dalam politik.
Sekali lagi kepada Web Master, ssaya percaya perjuangan kamu juga
suci untuk melihat Malaysia yang adil, pembebasan Anwar Ibrahim dan perjuangan
reformasi.
Saya sudahi dengan ucapan terima kasih atas usaha Web Master semua
laman termasuk yang baru-baru ini menolak Suqiu atas usaha mereka.
Sama-sama kita berlajar dari kesalahan dan kesilapan dan teruskan
usaha menentang Mahathir.
Reformasi.