Oleh Ummu Natasya
Siapa sebenarnya Wan Hanafiah?
(3)
ALOR SETAR : Menurut Naib Ketua
Umno Bahagian Pokok Sena yang tidak ada lagi penyokong hingga menyebabkan tidak
dapat mempertahankan jawatannya, ada sekitar 30 peratus lagi penyokong Datuk
Seri Anwar Ibrahim dalam Umno yang menyebabkan Umno begitu sulit sekarang.
Penyokong-penyokong Anwar ini
akan belot dan ia betul-betul menyusahkan, dakwanya di depan 250 penyokong Umno
dalam Majlis Taklimat Pemilihan Umno Bahagian Pokok Sena di Tingkat 6, Bangunan
Umno Negeri Kedah, Sabtu 7 April lalu.
Katanya lagi, “Antaranya ialah
Datuk Fauzi Abdul Rahman yang belot dan menyusahkan parti,”
Wan Hanafiah yang mendakwa
mendapat mandat dari Dr. Mahathir Mohamad untuk membuat dakwaan itu kesal
kerana penyokong-penyokong Anwar dalam Umno jugalah yang menyebabkan dia kalah
di tangan Haji Mahfudz Omar dalam pilihan raya umum 1999 yang lalu.
“Saya kalah tak apa. Tapi
tuan-tuan yang rugi kerana saya tidak menjadi wakil rakyat tuan-tuan. Saya
cukup selesa sekarang kerana punya tugas baru yang diberikan leh Dr. Mahathir
iaitu ke luar negara menjaga pelajar-pelajar.” Wan Hanafiah meracau dan
melamun.
Turut hadir di majlis yang tidak
dapat dihadiri Ketua Umno Bahagian Pokok Sena itu ialah Timbalan Ketua
Bahagian, Datuk Sheikh Alias Mustaffa.
Dalam pemilihan Umno Bahagian
Pokok Sena akan datang, nama Wan Hanafiah tidak disenaraikan kerana Ketuanya,
Ahmad Lebai Sudin yang akan mempertahankan jawatan hanya mengekalkan Sheikh
Alias sebagai timbalan manakala tempat Wan Hanafiah digantikan dengan Fauzi
bekas Setiausaha Bahagian.
Ahmad akan ditentang Exco Agama
Islam Negeri yang juga Adun Tanjung Seri Ustaz Fadzil Hanafi manakala Sheikh
Alias akan berhadapan dengan bekas Ketua Umno Bahagian yang sama, Datuk Paduka
Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Wan Hanafiah yang selama ini
dikenali sebagai kaki judi dan kaki perempuan tidak mendapat sokongan majoriti
ahli-ahli parti di kawasan itu kerana dia dikenali sebagai seorang wakil rakyat
(sebelum kalah) yang tidak memberikan perkhidmatan dan pembohong besar.
Kalau ada ketua-ketua cawangan
bertanya kenapa YB jarang balik ke kawasan dan jarang menghadiri mesyuarat
bahagian, Wan Hanafiah akan berkata, “PM panggil saya untuk membincangkan
strategi menentang Anwar Ibrahim.
“Saya sering kali dipanggil ke
rumah oleh PM kerana PM tahu saya cukup berkesan kalau berucap dan menyusun
strategi.”
Wan Hanafiah juga kerap kali
mendakwa, dia mempunyai banyak bukti yang ditunjukkan oleh PM mengenai salah
laku Datuk Seri Anwar tetapi sehingga kini tidak satu pun yang dibuktikan
kerana “jelas dia memang pembohong” dan merasakan pembohongannya berkesan.
Tokoh pujaan Wan Hanafiah ialah Ummi Hafilda Ali, si perempuan jalang itu.
…. Lagi
(Akan disambung lagi sebaik
sahaja menerima laporan penuh dari Umno Bahagian Pokok Sena).