Oleh Ummu Natasya
Siapa sebenarnya Wan Hanafiah
(2)
ALOR SETAR : Sebagai Naib Ketua
Umno Bahagian Pokok Sena (dulunya Kota Setar) Wan Hanafiah Wan Mat Saman adalah
seorang Ahli Parlimen (1990-1999) yang menjadi “meriam buluh” kepada BN di
Parlimen.
Tiada satu pun ucapannya di
Dewan Rakyat yang boleh dijadikan apa-apa pegangan atau kajian selain bercakap
untuk tujuan “menunjukkan dia pernah jadi Ahli Parlimen”. Tiada satupun faedah
kepada pengundi-pengundi dan rakyat yang diwakilinya.
Di bahagiannya sendiri, dia
pernah dicabar oleh salah seorang ahli Umno dan seorang ketua cawangan untuk
berdebat secara terbuka tetapi Wan Hanafiah tidak sanggup menyahut cabaran itu
kerana dia tidak ada kemampuan untuk berhujah.
Debat itu berpunca dari
pembohongan sendiri yang menuduh kawan-kawan memfitnahnya tetapi nyata dia
berbohong dan akhirnya dia malu sendiri.
Kalau bercakap di kawasannya,
dia akan mendakwa dia baru balik dari bertemu Perdana Menteri atau
kadang-kadang dia akan bercakap, “semalam PM panggil saya…” dan inilah yang dia
ulang-ulang, kononnya dia cukup penting dan saban hari, kalau PM hendak
melakukan sesuatu, dia akan dirujuk terlebih dahulu.
Sebenarnya, Wan Hanafiah ni
perasan dia penting. Dia perasan dia ni orang mustahak dan dia perasan dia
diperlukan oleh Umno untuk berdepan dengan pembangkang di Parlimen.
Sebenarnya, tiada siapa
memperdulikannya dan dia syok sendiri. Kalau bercakap, dialah yang banyak tahu
dan dialah yang sering berjumpa PM. Sebenarnya, Wan Hanafiah ini tidak pernah
dapat berjumpa PM secara official kecuali dia menemani Megat Junid dan
kadang-kadang dalam majlis yang turut dihadiri ramai orang lain.
Wan Hanafiah ini sebenarnya kaki
fitnah nombor satu dalam negara ini. Sasaran fitnahnya ialah bekas Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sering menuduh kononnya Datuk
Seri Anwar sudah “tertekan” dan “hampir nak gila” disebabkan terkurung dalam
penjara.
Sebenarnya, walaupun tubuh badan
Anwar terpenjara tetapi jiwanya merdeka dan bebas. Jiwa Wan Hanafiah yang
tertekan dan hampir gila kerana tidak berjaya jadi Setiausaha Parlimen,
Timbalan Menteri atau pun Menteri. Dia pernah mendakwa, dia lebih pandai dan
lebih tinggi kelulusan dari Megat Junid Megat Ayub.
Kalau Megat Junid boleh jadi
Timbalan Menteri dan Menteri, mengapa tidak dia. Dia tahu semasa Megat Junid
jadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Megat Junid
meluluskan 600 lesen Agen Jualan Langsung (AJL) secara rasuah dan tidak
berhati-hati.
Akhirnya lesen itu dijadikan
lesen sekim cepat kaya yang menipu ribuan rakyat negara ini.
Sesiapa sahaja hendakkan lesen
pistol atau kena hukuman buang daerah, boleh berbincang dan bagi duit kepada
Wan Hanafiah untuk tolong uruskan. Bertanyalah kepada pegawai-pegawai KDN,
semua tahu “pernigaan” Wan Hanafiah dan Mat Abu bekas Setiausaha Politik Megat
Junid.
Seorang kaki judi yang berlagak
baik ialah Wan Hanafiah. Seorang kaki perempuan tetapi berlagak baik ialah Wan
Hanafiah. Lepas ini, dia akan bercakap sorang-sorang lepas ini kerana tiada
siapa hendak menjemput dia berucap kerana semua orang tahu siapa Wan Hanafiah
sebenarnya. Seorang pembohong dan pemfitnah yang cukup dahsyat. Tahniah para
pengundi dan rakyat di kawasan Parlimen Pokok Sena kerana menghukum Wan
Hanafiah dan memenangkan Haji Mahfudz Omar.
…..lagi
(Ada sambungan lagi. Tunggu
laporan dari Pokok Sena, Kedah dalam masa terdekat ini).