WACANA MINDA UNTUK MELAYU DAN LAIN KAUM DIMALAYSIA

SIRI 2.

Sambungan dari siri terdahulu :-

Kita telah menjawap secara fakta komen mafia melayu … dan dalam siri ini akan
mendalami apakah fakta Perpaduan Melayu serta sandiwara UMNO@BN sebenarnya hanya
sebagai perangkap untuk BA.

1. Setelah KeADILan menolak pelawaan UMNO@BN mengenai Isu Perpaduan Melayu …
UMNO@BN telah merasa tercabar dan terhina apabila Parti kecil yang dianggap
nyamuk oleh UMNO@BN pula sanggup memperlekehkan serta menidakan satu agenda
sandiwara alaf baru UMNO@BN … dengan tindakan KeADILan ini telah menyebabkan
skrip asal Perpaduan Melayu ini terpaksa ubah-suai oleh unit perang saraf
UMNO@BN mengikut format baru dengan harapan dapat memerangkap PAS pula….??? Tapi
PAS telah lama bijak dalam soal politik kuno UMNO@BN ini … dengan bermodalkan
syarat yang paling ringan … isu pokoknya adalah ISU PERPADUAN KAUM DIMALAYSIA
dan perbincangan diadakan dalam Parlimen Malaysia dengan memberi peluang seluruh
Ahli Parlimen Malaysia berhujah atas satu dasar dan konsep kearah Malaysia Yang
Adil.

2. Sehingga hari ini UMNO@BN masih lagi mengambarkan orang Melayu dalam KeADILan
tidak ada semangat kemelayuan serta ukhwah sesama insan …. Agak memeranjatkan
juga kerana UMNO@BN telah pandai bermain kata-kata tentang ukhwah serta semangat
kemelayuan … tapi yang nyatanya mereka makin layu dan terus layu dari minda
orang Melayu yang beragama Islam …??? Apalah ada pada ketuanan Melayu jika
ketuanan Islam dipijak-pijak sendiri oleh orang yang mengaku ia pejuang bangsa
Melayu .. tetapi terus-terusan menghina serta mengaibkan orang Islam serta
nabinya.

3. Kalau kita menyorot sejarah silam pejuang Melayu dizaman Raja Haji (riau)
Sehingga Hang Tuah ( hilangnya ketuanan Melayu kerana taksup
kepada titah perintah raja yang zalim & dungu ) kita lihat apa yang telah
berlaku diantara dua zaman tersebut … kalau Raja Haji sendiri sanggup gugur
mempertahankan tanah air serta Islamnya .. tapi Hang Tuah telah gugur kerana
apa….???? (kita bukan nak perlekeh dan mengubah fakta sejarah ) tapi kita
melihat Hang Tuah disudut perjuanganya… memang banyak berjasa kepada Melaka …
tapi sikap dan amanah beliau itu telah menyebabkan rakan dan saudaranya menjadi
seteru serta saling berbunuhan kerana seorang raja yang zalim lagi dungu akibat
taktik adu-domba yang fitnah oleh si kitul serta patih karma wijaya ….??? Dan
inilah yang telah berlaku didalam negara kita sekarang … terlalu ramai SI KITUL
dan PATIH KARMA WIJAYA …. Kalau dibariskan di Depan Bangunan Sultan Abdul Samad
pasti kelihatan seperti satu kumpulan tentera yang berkawad….apa dah jadi kepada
orang Melayu yang mengaku dirinya Islam….????

4. Hari ini dalam UMNO@BN ada berdozen Si Kitul dan Patih Karma Wijaya yang
benar-benar ampuh untuk mengampu si Maharaja Tua … dan inilah yang dihasilkan
sejak tertubuhnya UMNO@BN (barua) tajaan Mahathir@Mahafiraun …!!!! Kalau kita
lihat dalam sejarah dan buku sastera Panglima Awang digunakan sebagai satu mata
pelajaran sastera disekolah sedikit masa dulu … dan kita boleh melihat dimana
baik dan buruknya pengalaman Panglima Awang bersama dalam pelayaran dengan orang
portugis (sejenis penjajah dahulu-kala)… tapi saya tak masuk kelas ini … sekadar
pinjam kat perpustakaan baca ceritanya aje … tapi inilah kita jadikan iktibar
dan pengalaman … tapi kebanyakan pelajar masa itu hanya mengkaji ceritanya untuk
lulus periksa aje … tapi apa yang tersirat dan tersurat tidak diambil kira …
begitu juga pembuat kertas soalan pun tak ambil kira baik dan buruknya cerita
Panglima Awang ini ….!!!! Dan hasilnya hari ini cerita mitos Panglima Awang ini
juga sama seperti cerita Hang Tuah dan Si Jebat ….sekadar jadi bahan mitos orang
melayu sehaja … lansung tak diambil pendekatan yang lebih bijak serta
serba-bijaksana mendalami serta memahami isu kandungan yang tersurat lagi
tersirat akan baik buruknya mitos ini …. Begitu juga dalam UMNO@BN kini …. Ia
telah menjadi mitos orang Melayu yang menjadi ahli Barua sejak 1987 …dari segi
sifat juang serta pemahaman mereka apakah dasar dan asas perjuangan UMNO (lama)
lansung tak diambil kira dan dihapuskan terus mengikut selera si
Mahathir@Mahafiraun dalam kitab panduan yang bertajuk " Delima Melayu".

5. Almarhum Tun Abdul Rahman pernah memberi tahu kepada MPTnya apa sebab ia
pecat Mahathir@Mahafiraun dari UMNO (lama) dan kenapa ia beri peringatan jika
diberi peluang Mahathir@Mahafiraun menjadi Presiden UMNO … alamatnya UMNO akan
berkubur terus …. lihat hari ini bagaimana UMNO (lama) telah dikuburkan oleh
Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN (barua) pun bakal berkubur bersama
Mahathir@Mahafiraun dalam tempoh yang terdekat ini … dan kebenaran kata-kata
Almarhum Tunku ini telah dibuktikan oleh Allah swt dihadapan kita semua …..????
apakah kita masih mahu menafikan hukum karma Allah swt ini kepada UMNO dan
ahlinya …..!!!!.

6. Menjelang april, 2001 ini KeADILan akan berumur 2 tahun … dari bayi ia telah
menjadi kanak-kanak … yang telah pandai berlari dan petah berkata-kata … dan
kanak-kanak berumur 2 tahun , kita lihat sikapnya … serba ingin tahu dan mencuba
perkara yang baru … begitulah KeADILan … ia sentiasa mencari yang baru sehingga
ia menongkah arus perdana … dan sikap KeADILan inilah yang menyebabkan
Mahathir@Mahafiraun merasa takut serta gundah-gulana …. KeADILan yang baru
berusia 2 tahun sanggup melawan arus dan tekanan Mahathir@Mahafiraun serta
juak-juaknya ….dan pendekatan KeADILan serta sistem politik yang dipersembahkan
jauh berbeza dari sistem dan dasar politik kuno UMNO@BN ….. KeADILan telah
melahirkan generasi alaf baru yang serba yakin dan komited untuk memastikan
senario politik negara berada dilandasan yang betul dan telus.

7. PAS sebagai parti SENIOR yang serba berpengalaman , begitu juga DAP dan PRM
telah menjadi guru dan abang yang baik kepada KeADILan …. Ia dengan bijak
memberi peluang KeADILan dewasa dengan penuh kebebasan sambil dimonitor serta
diberi tunjuk-ajar dengan penuh diplomasi serta ditanamkan paksi asas ia itu
Al-Quran dan As-Sunnah kepada pemimpin KeADILan … dan peranan PAS yang paling
ketara dalam merencanakan semangat parti yang berusia 2 tahun ini…!!! Dan inilah
kelebihan yang ada pada Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Hj.Fadil Nor dan Tuan Guru
Hj. Hadi memberikan didikan kepada KeADILan …dan ketiga-tiga pemimpin ini
mengambil pendekatan yang berbeza dari yang diamalkan oleh Datuk Asri atau Yusof
Rawa semasa memimpin PAS …. Dan kejayaan PAS bersama BA dilihat satu perubahan
politik negara … kerana seperti biasanya dahulu sesuatu pakatan dibuat adalah
untuk menghadapi Pilihanraya Umum sehaja … tetapi hari ini BA telah mencapai
sebagai satu pakatan sepanjang masa dan ia bergerak seiring dengan keadaan dan
dasarnya BA terus diguna pakai untuk mengerak parti-parti dalam kompenan BA
disepanjang masa …. Inilah yang amat melemaskan UMNO@BN dan juak-juaknya …
kerana BN hanya berfungsi jika ada pilihanraya ….. tetapi BA telah mendahului BN
dalam perkara kata sepakat dalam segala isu semasa negara dan BN sendiri telah
ketinggalan jauh kebelakang dengan kebangkitan rakyat marhaen.

8. Kini BA telah berjaya menjadikan BN kera sumbang kepada rakyat marhaen ….
Kalau dulu sesiapa mengaku menjadi ahli UMNO@BN akan ditabalkan sebagai wira
dan pejuang negara … tetapi hari ini sesiapa mengaku jadi ahli UMNO@BN akan
dicop pengkhianat dan pemusnah negara …. Dunia dah terbalik hari ini weh…!!!!
Dan senario ini telah menjadikan UMNO@BN phobia kepada BA serta kompenanya yang
serba up to date dalam segala hal ….!!!! Kalau hari ini juga ada perubahan kuasa
pemerintahan di Malaysia … BA telah bersedia dengan calon untuk menjadi Menteri
serta pegawainya … tetapi kita lihat bagaimana peritnya Mahathir@Mahafiraun
mencari calon untuk Menteri selepas pemilu ke 10 yang lalu dan hari ini juga
selepas perletakan jawatan Mid Man ia masih mabuk dipukul ombak laut India….???
Tak tahu macam mana nak ganti Mid Man serta lain-lain yang dah dipencenkan
itu….??? BN dah tak de calon lagi nak dijadikan Menteri dan Timb.Menteri kerana
semua hantu kayu yang menunggu masa dikapan oleh Mahathir@Mahafiraun … lihat
hasil rombakan yang akan datang….???? Siapakah yang benar-benar berkualiti yang
akan menjadi Pak atau Mak Menteri …. Melainkan mereka ini adalah orang yang ada
kes yang mampu Mahathir@Mahafiraun jerut tengkuk mereka…jika nak lawan
towkey….!!!!.

9. Dah hari ini semuanya serba tak kena….kalau dalam mesyuarat mingguan UMNO@BN
di PWTC … isu yang serupa sehaja dibangkitkan oleh Mahathir@Mahafiraun …. Ahli
MPT dah tak mampu nak bersuara kepada Maharaja Presiden…kerana apa yang
disuarakan oleh mereka ibarat racun kepada Mahathir@Mahafiraun …dan sindrom
tidak lagi mempercayai kepada juak-juak telah menjadikan Mahathir@Mahafiraun
kini kera sumbang yang terkena belacan yang tergaru sana dan tergaru sini.

10. Kalau hari ini kita letakan mas dan permata setinggi gunung sekalipun
dihadapan Mahathir@Mahafiraun sekali pun ia tidak akan berselera sekalipun
denganya…cuba kita bayangkan orang yang bersifat hamman ini dah tak sudi melihat
kekayaan dunia lagi kerana baginya kini…segala langkah dan perbuatanya telah
kembali kemukanya … Allah swt sengaja memanjangkan umur Mahathir@Mahafiraun agar
ia menerima pembalasan dari atas muka bumi ini dan dijadikan iktibar oleh
seluruh penghuninya.

11. Hari ini juga UMNO@BN yang telah koyak-rabak akibat perbuatan durjana
Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya …. Apa yang ada pada UMNO@BN hanyalah orang
yang telah usang dengan leher mereka dirantai oleh Mahathir@Mahafiraun ….dan
percubaan mereka nak menampal kebocoran yang berlaku didalam UMNO@BN adalah
sia-sia serta membuang masa …. Pada hakikat yang sebenarnya UMNO@BN kini ibarat
tinggal SELUAR DALAM YANG GETAHNYA DAH PUTUS DAN MENUGGU MASA UNTUK MEMBOGELKAN
SIPEMAKAINYA…bayangkan lah kini UMNO@BN telah 99% bogel dan tinggal 1% lagi ia
akan dibogelkan terus oleh Mahathir@Mahafiraun serta juak-juaknya…betapa aib dan
malunya sebuah parti yang dahulunya gah dan besar telah dihancurkan oleh sejenis
mahluk perosak dari suku sakat kraal ….??? Kita hairan bagaimana orang Melayu
dalam UMNO@BN tak sedar-sedar lagi setelah bermacam-macam onak dan duri
dilakukan oleh kumpulan mahluk perosak ini….!!!! Mungkin mereka ini telah buta
hati serta otak menjadi dungu akibat terlalu banyak wang rasuah serta harta
rakyat.

Hanya yang tinggal kini adalah manusia yang masih dungu serta bodoh dan memang
jenis kera sumbang yang juga bersifat katak bawah tempurung yang tidak mahu
menerima hakikat perubahan telah berlaku dalam senario politik Malaysia …..!!!
dan mereka ini kumpulan spesis yang terakhir UMNO@BN (barua) dan mereka ini akan
berkubur setelah dibogelkan oleh rakyat marhaen segala kebusukan dan kekotoran
yang telah dilakukan oleh mereka semasa didalam UMNO@BN ….dan hasilnya pasti
lebih busuk dari MAHA SHIT"****….???

Rakyat marhaen masih lagi mempunyai perasaan simpati kerana masih membuka
peluang kepada pencacai dan juak-juak UMNO@BN ini untuk bersama BA ….tapi
peluang ini tidak akan datang lagi jika ia telah ditutup rapat, gunakanlah
peluang yang adanya ini untuk kembali kelandasan yang betul lagi telus.

Jangan dibuang masa yang tinggal sedikit ini …. Kalau tahun 2001 ini Mid Man /
Anuar Musa / Shahril Samad / Khalil Yaakob / Hishamuddin Hussein telah merasa
tempias kemarahan Mahathir@Mahafiraun kerana kebodohan mereka…..tapi dalam
tempoh terdekat ini kita akan melihat lebih ramai lagi pengampu
Mahathir@Mahafiraun akan menjadi korban untuk dipersembahkan kepada Sang Dewata
Raja Kepada Maharaja Mahathir@Mahafiraun .

Tungguuuuuuuu……………..kita lihat korban seterusnya…..?????

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
12hb.Jan.2001-bersambung di siri 3

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL