KOMENTAR

Salam Reformasi

19.11.2000

 

TIEN CHUA LETAK JAWATAN

 

Tien Chua semasa di tahan oleh Polis

 

Tien Chua, Naib Presiden Parti keADILan Nasional yang juga dikenali sebagai seorang yang begitu komited dalam memperjuangkan hak asasi manusia, meletak jawatan sebagai Naib Presiden Parti keADILan Nasional kerana membantah keputusan Barisan Alternatif melantik calon DAP untuk bertanding di Lunas.

 

Akhbar THE STAR telah melapurkan bahawa Tien Chua meletak jawatan dalam protes kerana keputusan Barisan Alternatif meletakan DAP bagi menggantikan calon keADILan Saifuddin Nasution yang sebelum ini di jangka mewakili Barisan Alternatif. Perubahan ini dimaklumkan adalah atas tekanan ahli DAP yang tetap mahukan Lunas di wakili oleh mereka.

 

Menurut THE STAR Tien Chua berkata " agar sukar untuk dirinya untuk memimpin andai setiap parti dalam Barisan Alternatif hanya memikirkan parti masing-masing dan tidak menjerumus kepada kepada kehendak dan suara rakyat khusus dalam kes ini di Lunas.

 

Rakyat Lunas di maklumkan kepada Komentar menerima penuh wakil dari keADILan untuk bertanding mewakili Barisan Alternatif. Diberitakan bahawa peluang calon keADILan untuk memenangi pilihanraya tersebut adalah lebih cerah dari meletakkan calon DAP.

 

Wakil Komentar telah menghubungi Sdr Tien Chua bagi mendapatkan kepastian perihal perletakan jawatan tersebut. Sdr Tien Chua telah mengesahkan kepada Komentar bahawa beliau telah pun menghantar surat perletakan jawatan tersebut. Sungguhpun begitu difahamkan Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti keADILan Nasional BELUM membuat sebarang keputusan samada menerima ataupun tidak perletakan jawtan Sdr Tien Chua.

 

Komentar gagal mendapatkan reaksi Lim Kit Siang perihal perkara ini tetapi wakil DAP Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa perkara ini akan di selesaikan atas dasar semangat persefahaman Barisan Alternatif.

 

Komentar setakat ini hanya melapurkan tanpa mahu membuat sebarang komen buat masa ini. Insyallah Komentar akan membuat sedikit ulasan dalam masa yang terdekat nanti.

 

Apa pun Komentar berharap perkara ini dapat di selesaikan secepat mungkin untuk tidak menjejas pilihanraya Lunas nanti.

 

KOMENTAR