TERIMA KASIH PKN
Komentar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Laman Resmi PKN yang telah bertindak berani dengan memasukkan "link" laman reformasi lain kedalam web site mereka. Langkah ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Laman Resmi tersebut percaya dan menghargai perjuangan web master lain dalam usaha bersama menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang jelas dan nyata berlaku sekarang ini.
Kami percaya bahawa ramai kalangan web master yang mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan ini. Kami juga yakin rakan web master kami Laman Reformasi Nasional menyambut baik tindakan web master Parti keADILan Nasional. Sama sama kita terus berusaha menumpukan perhatian kita dalam memberi input input membina demi perjuangan kita ini. Perjuangan ini memerlukan khidmat dari semua lapisan masyarakat dan mereka ini adalah aset dalam kita memastikan kejayaan. Walau pun terdapat beberapa kritikan dari kami terhadap beberapa pihak dalam Barisan Pembangkang namun percayalah bahawa ini adalah untuk menjayakan Barisan Pembangkang sebagai Kerajaan Alternatif. Kritikan tersebut harap dapat dianggap sebagai kritikan membina.
Semoga kita berjaya
KOMENTAR