TULISAN “AWAK ORANG GOMBAK”

 

 

Seperti anda semua mengetahui BN berjaya mengekalkan kerusi parlimen TK
dengan reduced majority. Kehadiran pengundi berkurangan kalau nak
dibandingkan dengan last general election. Walaupun keADILan tewas,
alhamdullilah, Ust Ruslan Kassim berjaya mendapat sokongan lebih dari seribu
orang. Apa yg saya ingin paparkan di sini sedikit pengalaman saya semasa
bertugas di TK semalam/

Di pondok pondok panas memang cukup panas kecuali di Siliau. Keadaan cuaca
yg terik memanaskan lagi keadaan. Di setengah kawasan pihak perayu/ pertugas
BN outnumbered BA. Ini jelas berlaku di kawasan DUN Linggi (DUN Isa samad).
Contohnya, di polling center Permatang Pasir (kontigen BN dari Selangor),
gerak gempur BN kerap membuat provokasi dan intimidation terhadap pertugas
BA (sedikit sangatnya jumlah)dan pengundi yg pergi ke pondok panas BA. Datuk
Shariff Jajang (DUN Sepang)berada di sana dan saya rasa beliau adalah ketua
kontinjen tersebut.

Seorang pengundi cina telah ditangkap di situ setelah berkelahi dengan gerak
gempur BN. Pengundi cina tersebut membalas setelah di provoked oilh pihak
BN. Tetapi yg kena tangkap si pengundi itu, kesian dia.
Satu komen yg ingin saya buat ialah pasal pondok panas di permatang pasir,
saya rasa amat daif. Atap plastik aje. Disegi psikologi pun bolih melemahkan
semangat petugas. Kes sumber kewangan tak cukup le ini.

Budaya menunjukkan buntut dari pihak BN telah menjalar ke TK, gerak gempur
BN (kebanyakannya pemuda india) telah biadap melakukan perkara tersebut
berulang kali di sekolah cina PD. Nasib baik FRU sampai kalau tidak tentu
insiden buruk akan berlaku. Begitu juga di sekolah menengah PD, ini kali
orang melayu BN buat. Hai, agaknya mereka belajar dari si adnan yaakub,
itulah agaknya BN menang di TK.

Satu aspek yg kita perku perbaiki ialah jumlah petugas. Kalau ramai di semua
kawasan kan bagus. Mungkin di NS payah sikit, faham ajelah  lubuk BN.
keADILAn dan PAS NS kenalah berusaha lebih keras lagi untuk menarik lebih
ramai ahli dan membuka lebih banyak cawangan. Kalau tidak jangan harap nak
menang pada 2004. Jangan mimpilah. Orang luar bolih datang sebagai support
group dan memberi sokongan moral aje. perayu undi mestilah penduduk
tempatan. Dalam kontek TK Saya rasa DAP tak ada masaalah dari segi ini,
terutamanya di Lukut.

kepada petugas, terimakasih di atas usaha, wang ringgit dan masa kalian
semua dalam membantu usaha BA memenangi parlimen TK. Pengorbanan kalian
semua amat dihargai. Semgoa Allah SWT sajalah yg membalasnya. BA tak ada
duit nak upah, macam BN. Mengurangkan majority BN saya rasa adalah satu
kejayaan bagi pihak kita yg serba kekurangan ini. Teruskan usaha, insyallah
berjumpa lagi.

Terimakasih daun keladi, lain kali harap tolong lagi.