Pindaan Perlembagaan UMNO hanya untuk melenyapkan isu sebenar kenapa orang Melayu khususnya di kalangan pemuda menolak UMNO

UMNO mahu relevan kembali. Mahathir mengatakan bahawa beliau telah memujuk, beliau telah menangis, beliau telah berdoa dan kini perlembagaan telah di ubah demi menyatukan orang-orang Melayu. Mahathir menangis dan bersendiwara dan mengatakan bahawa Melayu berpecah sungguhpun pada hakikat sebenarnya majoriti Melayu masih bersatu tetapi bersatu di luar UMNO. Mahathir perlu letak jawatan dan membebaskan Anwar untuk Melayu lebih fokus kepada Agenda Melayu. Mahathir telah melakukan segala kezaliman bagi menghapuskan Anwar Ibrahim. Segala jentera di kerah dan segala bentuk rasuah di laksanakan untuk tujuan itu. Mahathir dalam Perhimpunan Khas UMNO menangis seolah-olah beliau benci melihat jengala rasuah melanda Malaysia tetapi di sebalik tangisannya rasuah berkembang bagai di baja dengan air matanya.

Malaysia terus di tipu dengan kononnya UMNO akan menjadi lebih telus dan berusaha membawa Melayu ke tahap yang lebih maju lagi. Disamping itu UMNO selaku kerajaan terus menghambat sebarang kritikan baik dari pembangkang, pelajar mahupun rakyat. Polis Melayu menghambat dan memukul tanpa peri kemanusian mereka yang mereka diibaratkan sebagai penjenayah sungguhpun jenayah yang kita perlakukan hanyalah menyertai perhimpunan aman.

Inilah senario UMNO. Penyekatan media dari melapurkan kepincangan UMNO terus di laksanakan tanpa segan silu. Utusan Malaysia terus melakukan jenayah penipuan berita tanpa takut. Penulis yang mengkritik kerajaan terus di tindas seolah-olah perlu dihapuskan oleh kerajaan. Ini demokrasi terpimpin kata UMNO tetapi bagi yang mengetahui ini satu pengkhianatan pada DEMOKRASI.

Mahathir harus sedar bahawa golakan politik Malaysia adalah kerana kejijikan perbuatan beliau. Hilangnya sokongan UMNO kerana perbuatan keji beliau yang di dokong oleh pembodek-pembodek klass 1 dalam UMNO.

Sikap tidak boleh di tegur dan mahukan yang lain menjadi Tok Kipas Dan Tok Ampoo menyebabkan UMNO terus terbantut perkembangannya. Tentangan terhadap UMNO sungguhpun hebat dikalangkan pembangkang seperti PAS, PRM dan DAP tetapi bagi reformis dan pendokong REFORMASI pada asalnya tentangan adalah pada Mahathir. Menularnya tentangan kepada UMNO adalah sikap orang UMNO sendiri. Minda mereka yang di bantutkan dengan kehendak nafsu mereka. Membodek bererti mendapat sesuatu untuk diri lantas sikap ini menghalang pembangunan orang Melayu.  UMNO akan terus melaksanakan agenda bagi mengaburkan rakyat dari mengetahui fakta sebenarnya. UMNO akan terus melakukan pembohongan demi pembohongan demi mengaut hasil untuk diri dan rakan kroni mereka.

Mereka kini sedar mereka sudah mula kehilangan sokongan. Mereka sedar Melayu mula melarikan diri dari UMNO. Mereka mahu golongan ini kembali meletakkan martabat UMNO sebagai pejuang MELAYU. Mereka lalaikan dengan pindaan. Mereka lalaikan rakyat dengan keperluan menetang rasuah sedangkan mereka dan rasuah ibarat isi dengan kaku. Mereka halang media berfungsi sebagai suara rakyat. Mereka terus memfitnah Anwar Ibrahim. Mereka pasti kecundang.

UMNO akan terus tidak relevan.

 

Komentar