KOMENTAR

 

21.08.00

Salam Reformasi

PETIKAN DARI MALAYSIAKINI PEMUDA UMNO TOLAK DEMO

 

Pemuda Umno 'tidak minat' demo
'Ein Azmi

4:30pm, ISN: Pergerakan Pemuda Umno kurang berminat mengadakan demonstrasi dan sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih rasional dalam menangani isu hak istimewa Melayu yang berbangkit minggu lalu.

Penolong Setiausaha pergerakan itu, Zulkifli Mohd Alwi berkata, sejak dua tahun lepas demonstrasi tidak pernah dianjurkan.

"Pemuda kurang cenderung mengadakan demo dan ini menunjukkan Pemuda Umno rasional dan tidak melampau," kata beliau kepada malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan satu demonstrasi yang dianjurkan pergerakan itu bagi mengiringi penyerahan memorandum telah diadakan di depan Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela Jumaat lalu.

Bagaimanapun Pemuda menegaskan demonstrasi yang melibatkan seramai 200 orang ahli dan penyokong Umno itu "tidak dirancang." Pergerakan itu menuntut satu jawatankuasa yang mewakili lebih 2000 pertubuhan Cina atau lebih dikenali Suqiu menarik balik tuntutan untuk memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dan memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu dan bumiputera.

 

Pelik benar, Penolong Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia mengatakan bahawa Pemuda tolak Demo. Beliau mengatakan bahawa DEMO tempoh hari di Stadium dan kemudian ke Malaysia Chinese Hall “tidak dirancang”. Mungkin kerana tidak dirancanglah Aziz Sheikh Fadzil hadir, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang baru dilantik hadir dan beberapa kepimpinan lain. Sdr Zulkifli Mohd Alwi JANGAN MENIPU. Apakah budaya UMNO memang macam ini. Baling batu sembunyi tangan. Kalau Zulkifli tidak menipu maka kemungkinan ada agenda baru yang sedang masak dikuali UMNO.

 

TUNGGU SANDIWARA SETERUSNYA