Salam Reformasi
26-04-2001
MUNGKIN SITI NURHALIZA DAN ERRA FAZIRA SUDAH BERSEDIA MENINGGALKAN
BIDANG SENI KERANA POLITIK
Tahun 1999, sewaktu hampir kepada pilihanraya kita disajikan dengan
konsert Siti Nurhaliza bersama tetamu terhormatnya Dr Mahathir. Sewaktu
itu artis-artis "hot" ini digunakan untuk menarik minat mereka
untuk hadir dalam proses terakhir berkempen untuk piliharaya.
Komentar teringat sewaktu itu juga "kalau tidak salah" Sdr
Ruslan Kassim sudah memulakan kempen untuk "memboikot" Siti
Nurhaliza. Siti Nurhaliza bangkit dalam kenyataan akhbar bahawa itu
tidak ada kaitan dengan politik.
Hari ini kita sedari
bahawa kenyataan Siti Nurhaliza itu palsu belaka. Beliau juga mempunyai
niat mahu menjadi politikus menuruti Erra Fazira. Beliau sudah siap
sedia untuk menyertai Puteri Umno dengan harapan anak-anak muda yang
menjadi peminat seninya akan turut mengikutinya dalam bidang politik
UMNO.
Sdr Ruslan Kassim tepat dalam laungannya untuk memboikot Siti Nurhaliza
pada waktu itu. Mungkin sewaktu itu Sdr Ruslan Kassim sudah nampak
bahawa anak muda itu adalah tunggangan Dr Mahathir dalam usaha untuk
terus menipu rakyat dan mengembalikan sokongan remaja kepada UMNO.
Siti Nurhaliza dan Erra Fazira mungkin sudah siap sedia untuk
meninggalkan bidang seni dan menceburi bidang politik. Mereka sudah
bersedia untuk menjadi politikus dan bukannya penyanyi atau pelakun lagi.
Apa pun mereka seharusnya melihat senario politik semasa. Ingat dan
rujuklah keputusan pilihanraya raya secara terperinci yang mana sokongan
Melayu terhadap UMNO sudah merosot. Sokongan Melayu terhadap UMNO
merosot begitu banyak sekali sehinggakan boikot keatas media Utusan
Malaysia yang dibuat oleh barisan pendokong reformasi telah menghasilkan
kejatuhan dalam jualan mereka.
Ini tidak akan menjadi penghalang Siti Nurhaliza dan Erra Fazira. Mereka
sudah sedia untuk meninggalkan bidang seni dan bergiat dalam politik.
Nyanyian dan lakunan tidak boleh bertahan. Yang boleh ialah mendapatkan
projek-projek hasil pemberian oleh UMNO kepada kroni-kroninya.
Komentar hanya mahu melihat sejauh mana politik mereka. Komentar juga
mahu melihat sejauhmana "sponsor" mereka mahu terus membiayai
mereka sedangkan mereka sekarang ini adalah politikus dan bukan penyanyi
dan pelakun biasa.
Mungkin sponsor seperti
"pepsi" akan merasa gusar kerana Siti Nurhaliza sekarang sudah
menjadi ahli politik dan bukan penyanyi biasa.
Mungkin esok Dr Mahathir boleh terlibat dalam sponsor Coca-Cola pula
sebagaimana Siti dengan PEPSI.
Mungkin juga Rafida Aziz dapat menjadi MASCOT Avon Cosmetic, siapa tahu....
Mungkin juga
"sponsor-sponsor" menarik diri dari kontrak dengan Siti dan
Erra kerana takut produk mereka di "boikot" oleh pengguna atas
alasan menaja ahli politik.
Apakah penaja mereka
sudah turut sedia bermain politik di negara kita ini...
Sekadar terfikir....
Komentar
|