SEKRETARIAT OPS 2004 ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas
sokongan yang telah diberikan oleh Tuan SENIOR OFFICER di dalam menjayakan
projek ini.
 
Berikut disiarkan surat sokongan dari beliau untuk dimuatkan di dalam
Laman-Laman Web Pro REFORMASI untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan
'civiliance'.
 
 
 
Assalamualaikum,
 
1. Saya adalah di antara kumpulan anda yang terikat dengan segala peraturan yang
mengikat tangan dan menutup mulut selama lebih daripada 28 tahun dan hanya
dibuka mata untuk melihat apa yang berlaku dengan tidak diberi peluang untuk
bersuara dan bertindak. Lantas saya mengambil keputusan untuk keluar baris dari
barisan cengkaman itu untuk membolehkan saya menyertai secara aktif dalam
perjuangan BA.
 
2. Saya juga amat memahami dengan rintihan dan keluhan itu kerana dengan hanya
beberapa ekor kerbau yang telah dicucuk hidung dan boleh diseret kemana arah
yang dikehendaki maka akan tersebablah nama keseluruhan ATM & PDRM jatuh ke
lembah yang amat rendah.
 
3. Sebenarnya lebih daripada 80% dari kalangan mereka telah merasa meluat, jemu
dan jelek akan apa yang berlaku selama ini. Perasaan ini bukan hanya timbul
bermula dari kes DSAI bahkan telah ujud lebih lama dari itu, tetapi kawan-kawan
civilliance tidak tahu.
 
4. Sungguhpun mereka tahu terdapat penganiayaan ke atas tahanan politik BA oleh
pegawai kanan yang terlibat dan juga para detektif namun terdapat sebilangan
besar dari mereka lakukannya adalah atas dasar terpaksa dan jauh sekali dari
kehendak hati sendiri.
 
5. Dari itu marilah kawan-kawan dari kalangan yang masih lagi berada dalam ATM &
PDRM mendekati dengan rakan civilliance agar dapat mereka mengenali hati budi
kita dari dekat.
 
6. Satu perkara yang harus diingat ialah mereka semua tidak membenci kita,
mereka hanya bencikan kawan-kawan kita yang telah masuk kumpulan sesat itu
dengan tujuan untuk kepentingan nafsu mereka, mereka inilah yang merosakkan nama
kita.
 
7. Cukup dulu setakat ini. Terima kasih. Salam REFORMASI.
 
 
Kiriman:
 
SENIOR OFFICER
 
untuk
 
LEFTENAN KLUANGMAN