SOLAT HAJAT untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT & NEGARA
daripada kezaliman dan kejahatan orang-orang yang
zalim
 
Tarikh: 4 Ogos, 2000 (Jumaat)
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Jam: Selepas sembahyang Jumaat (2:30 petang)
 
Imam solat hajat: Seorang ustaz yang dikenali ramai di
Lembah Kelang
 
Semua penyokong reformasi, keadilan dan rakyat
Malaysia yang cintakan keamanan, sila hadir
beramai-ramai.
 
Mereka yang bukan Islam, sila berada di perkarangan
Masjid atau di tepi Stesen KTM (kereta api) sehingga
selepas sembahyang hajat.
 
Tujuan solat hajat:
 
1. Mendoakan keamanan & kesejahteraan untuk seluruh
rakyat Malaysia dan negara ini
 
2. Menolak bala Allah ke atas rakyat akibat dosa
kezaliman orang-orang yang zalim
 
3. Mendoakan kekuataan dan kesihatan untuk Datuk Seri
Anwar Ibrahim di dalam penjara
 
4. Menolak kejahatan dan penindasan pemerintah yang
zalim dan yang suka menangkap reformis dan pemimpin
rakyat
 
5. Mendoakan kemenangan kepada perjuangan Islam dan
perjuangan rakyat untuk membebaskan negara ini
daripada pemimpin yang zalim
 
SILA HADIR AWAL sebelum sembahyang Jumaat (mulai jam
12 tengah hari dan terus naik dan berada di atas
masjid, sambil membaca Al-Quran, berzikir dan
berwirid).
 
Nota: Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa
Reformasi Kuala Lumpur sempena perhimpunan aman hari
keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.