KOMENTAR

 

Salam Reformasi

19.10.2000

 

SIKAP PEMBANGKANG PUNCA SITI NURHALIZA NYARIS DI TIKAM  kata Dr Mahahtir

 

TV MALAYSIA 1, Siaran Berita Tengah Hari menyatakan bahawa sikap anti kerajaan yang di pupuk oleh pembangkang adalah punca terdapatnya percubaan untuk menikam penyanyi remaja Siti Nurhaliza.  Mahathir yang memang gemar mengeluarkan fitnah dan dahyah kali ini celupar dengan kenyataan tersebut sebelum polis membuat sebarang konklusi mengenai motif percubaan tersebut. Sikap nyanyuk Mahathir sudah nampak jelas. Percubaan tikam Siti Nurhaliza telah di maklumkan oleh Media Arus Perdana Menteri Utusan Malaysia. Tuduhan yang di lemparkan Mahathir langsung tidak berasas. Ini hanya menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir dalam percubaan untuk menolak parti pembangkang yang kian lama kian berpengaruh di Malaysia ini. Tanpa usul periksa Mahathir terus menuduh bahawa isu percubaan tikam Siti Nurhaliza adalah kerana kefahaman anti kerajaan yang di bawa oleh pembangkang. Jelas satu kenyataan yang bukan sahaja memalukan Mahathir malah UMNO sendiri.

 

Apakah kenyataan ini tidak menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir dalam mencari sokongan keatas UMNO.

 

Komentar