
Salam Reformasi
24-04-2001
KERAJAAN KITA SAHIH (LEGITIMATE)?
Dr Mahathir mengatakan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini
adalah kerajaan yang sahih (sah) kerana kerajaan ini lahir dari
kemenangan piliharaya. Ini adalah kerajaan demokrasi yang lahir dari
tuntutan demokrasi.
Kita sedar Dr Mahathir pasti akan mempertahanan kesahihan kerajaan yang
di terajuinya. Kita faham kerajaan yang ada kali ini menang pilihanraya
ke 10 yang lalu. Akan tetapi apakah ukuran kesahihan kerajaan adalah
dengan hanya memenangi pilihanraya? Apakah tuntutan demokrasi itu hanya
diukur melalui proses pilihanraya?
Komentar faham andai UMNO khususnya Dr Mahathir melaung-laungkan bahawa
kerajaan yang ada sahih kerana memenangi pilihanraya tetapi yang
Komentar kurang faham adalah apabila antara kepimpinan kita yang turut
mengatakan kerajaan BN khususnya UMNO sahih atau dalam bahasa Inggeris
"legitimate".
UMNO memenangi pilihanraya melalui proses penggunaan segala bentuk
jentera kerajaan khususnya media cetak dan media TV. Jentera lain turut
di tunggangi untuk membolehkan mereka berkempen sedangkan kita dihalang
hak untuk bersuara. Sungguhpun permit dikeluarkan tetapi masa berkempen
adalah terhad sedangkan kempen BN dibuat secara menyeluruh melalui
TV,akhbar dan radio. Jentera kerajaan sehinggakan drama digunakan
sebagai alat berkempen mereka. Kita terhalang dan dibatasi. Hasil dari
perbuatan tidak demokratik itu mereka menang pilihanraya. Setelah menang
mereka katakan ini kerajaan legitimate atau sahih?
Dimana letaknya kesahihan tersebut? Ini baru cerita penyalah gunaan
harta kerajaan. UMNO dan BN tidak berhak menggunakan jentera kerajaan
untuk berkempen. Ini tidak, sehinggakan KEMAS dijadikan alat kempen
mereka. Kita belum menyentuh ketelusan SPR dan undi pos polis dan
tentera?
Apakah perjalanan keji itu boleh di lupuskan dan hanya keputusan
pilihanraya sahaja diambil kira dan dikatakan SAHIH?
Bagi Komentar kerajaan
yang ada tidak sahih dari segi perlaksanaan tuntuan demokrasi yang ada.
Keputusan pilihanraya hadir kerana tindakan jahat dan pincang mereka.
Biar apa pun mereka kata kerajaan yang ada sekarang ini TIDAK SAHIH dan
TIDAK MENGAMALKAN CIRI-CIRI DEMOKRASI YANG SEBENARNYA.
Oleh itu kenapa ada antara kita yang masih mengatakan bahawa kerajaan
kita sekarang ini sahih? Apakah mereka yang mengatakan kerajaan ini
sahih tidak sedar betapa susahnya kita untuk berkempen. Ketidakadilan
ini seharusnya MELABELKAN KERAJAAN KITA INI HARAM DARI SEGI TUNTUTAN
DEMOKRASI YANG SEBENARNYA.
Jesteru itu JANGAN ada antara kita yang turut mengakui bahawa kerajaan
kita sahih atau "legitimate".
Komentar
|