SUARA SIAPA DI BELAKANG PENENTANGAN
PENGGABUNGAN PRM DAN keADILan
Berita Keadilan 5 April
2001 menyiarkan satu rencana pendek memberitakan tentang betapa
sempitnya pengertian perjuangan yang di bawa oleh Ketua Badan
Perhubungan Parti Keadilan Kelantan, Sdr Mohamad Mustafa dan Ramli
Ibrahim ( Bendahari Parti keadilan Kelantan).
Erti perjuangan mereka adalah dengan mengemukakan tuduhan tidak berasas
mengenai Parti Rakyat Malaysia,komponen dalam Barisan Alternatif
mengenai isu penggabungan PRM-keADILan. Antara fakta sempit hujah Ketua
Perhubungan Negeri Parti Keadilan Kelantan ialah:
- Idealogi PRM berbau sosialis dan tidak dapat di terima oleh
keADILan Kelantan.
(semua dalam "bold" adalah kenyataan mereka)
KOMENTAR MAHU BERTANYA:
Kalau idealogi PRM berbau sosialis dan tidak dapat di terima oleh
keADILan Kelantan - apa hal pula di peringkat pusat. Kita bergabung
sebagai satu pakatan Barisan Alternatif. Apakah ini juga TIDAK
DAPAT di terima oleh keADILan Kelantan? Apakah gunanya Manifesto
Bersama yang diwujudkan dan diterima oleh semua gabungan Barisan
Alternatif yakni PAS, PRM, keADILan dan DAP?
- Rakyat Kelantan bimbang jika penggabungan ini berlaku idealogi ini
akan meresap ke dalam Keadilan pula.
KOMENTAR TERFIKIR:
Ini jelas menampakkan
kebimbangan yang dibuat-buat atau di ada-adakan. Apakah sebenarnya
idealogi sosialis itu pun Komentar percaya kedua-dua politikus keadilan
Kelantan itu tidak mengerti. Pakatan BA telah mengambil terima semua
idealogi yang mereka bawa dalam parti masing-masing dan pakatan BA sudah
hampir 2 tahun bersama. Kalau ada pun resapan idealogi negetif
ialah kebimbangan mereka yang jawatannya tercabar dalam penggabungan ini.
KENYATAAN ANGKUH KEPIMPINAN KEADILAN KELANTAN
-Katanya, Kita bimbang penggabungan ini akan menyebabkan Keadilan
menjadi PRM.
-Katanya, Kita yang mengasaskan parti ini, kita membesar sendirian,
dan biarlah kita berjuang cara sendiri.
RAMLI IBRAHIM DENGAN KENYATAAN SUMBANGNYA
- IMEJ YANG ADA PADA PRM TIDAK DAPAT DI TERIMA OLEH RAKYAT KELANTAN YANG
LEBIH KEPADA ISLAMIK
Kata KOMENTAR
Ini kenyataan sumbang, kalau hanya mahukan lebih Islamik, PAS lebih
dominan di Kelantan. Kalau benar-benar mahukan Islamik sertai PAS. PAS
juga pakatan BA.
- PRM ADALAH PARTI BERMASALAH BUAT APA KEADILAN MEMBABITKAN DIRI DENGAN
MASALAH TERSEBUT.
Ulasan Komentar mengenai kta-kata tersebut.
Apakah masalah yang ada dalam PRM? Ini satu tuduhan melulu. Semua
Parti ada masalah tetapi ukurlah diri sendiri terlebih dahulu. Kita tahu
mengenai keADILan Kelantan. Bagaimana mainan politik disana dan
bagaimanakah peranan mereka yang turut terlibat mengejar jawatan. Apakah
semua ini perlu kami di KOMENTAR dedahkan.
Lihat mainan sdr-sdr berdua dalam Keadilan Kelantan dan jangan
mengikuti budaya songsang menuduh parti komponen lain dalam BA
bermasalah.
RUMUSAN KOMENTAR
SUARA SIAPA DIBELAKANG MEREKA YANG MENOLAK
PENGGABUNGAN?
Pada hakikatnya Komentar tahu dan sedar ada suara-suara lain
dibelakang suara mereka. Berita Keadilan memaparkan rencana tersebut
atas dasar kebebasan dan ini kami sanjungi. Malang kenyataan kedua-dua
kepimpinan Keadilan Kelantan benar-benar mengecewakan kerana langkah
penggabungan ini datang dari penasihat keadilan sendiri dan juga Bapa
Reformasi kita Sdr Anwar Ibrahim. Kita jangan bongkak mengatakan
keADILan satu parti yang kuat. Apa yang perlu ialah usaha menjadikan
perjuangan tuntutan Reformasi ini berakhir dengan kemenangan.
Tujuan utama
pengabungan ini adalah untuk menguatkan strategi dan kepimpinan dalam
keADILan agar ribuan pendokong keADILan dapat bergerak sealiran demi
menjana kemenangan. Jangan ghairah bermain politik kerana dalam
perjuangan ini mainan politik berlebihan tanpa mementingkan matlamat
perjuangan pasti menghancurkan cita-cita kemenangan.
Komentar BUKAN ahli PRM, tetapi agak kecewa kerana kemunculan
kedua-dua kepimpinan Kelantan ini menghina PRM tanpa justifikasi tepat
dan alasan kukuh.
Sikap begini memang wujud dalam keadilan dan KOMENTAR berjanji andai
kritikan tidak berasas ini di teruskan maka dalang di belakang suara
mereka akan kita hebahkan.
Percayalah
KOMENTAR
|