Artikel 2

PM pandai cakap buat tak tahu

PM gila kuasa memberi nasihat kepada rakyat supaya memainkan peranan penting
selain daripada kerajaan yang kononnya telah bersedia menghadapi kegawatan
ekonomi akan datang. Dia menambah ia bergantung kepada rakyat, jika rakyat
mahukan kemajuan dan kemakmuran, rakyat perlulah bekerja kuat untuk meningkatkan
produktiviti. Apa pula peranan kerajaan untuk menaikkan taraf hidup dan
produktiviti rakyat? Yang aku tahu kerajaan memang pandai songlap duit rakyat
dan masukkan duit ke dalam kocek PM dan kroni-kroninya.

Senang aja dia cakap. Macam mana nak bekerja kuat untuk tingkatkan produktiviti.
Lihatlah apa yang berlaku sekarang, taraf hidup rakyat semakin merosot. Kuasa
beli rakyat semakin menurun. Gaji rakyat tidak naik. Adakah kerajaan sedar atau
pura-pura tak sedar penderitaan yang dialami oleh rakyat. Saya masih ingat janji
kosong oleh PM tak betul iaitu minima gaji rakyat akan diberikan iaitu RM 1200
sebulan dengan syarat rakyat mesti membantu kerajaan memulihkan ekonomi. Apa
yang berlaku ialah PM kata dia tak pernah kata gaji rakyat akan dinaikkan. Dia
kata kenyataannya telah disalah tafsir. Kerajaan tak mampu beri gaji RM 1200
sebulan dan juga boleh menyebabkan inflasi.

Kalau gaji boleh menyebabkan inflasi, kenapa harga petroleum, tambang MAS, harga
tiket bas + LRT dan barang keperluan dibenarkan naik. Bukankah ini semua akan
menyebabkan inflasi. PM kata belanjawan yang akan dibentangkan mempunyai sifat
menjaga kepentingan rakyat. Ini adalah helah semata-mata. Kalau kerajaan
benar-benar prihatin terhadap masalah rakyat, kenapa misalnya harga petrol dan
tambang pengangkutan dinaikkan.

Bercakap tentang harga petrol, kerajaan kata ia tidak dapat menanggung kos
subsidi yang semakin meningkat ekoran kenaikkan harga petroleum. Bagaimana
dengan pendapatan dari eksport dan jualan petroleum dan gas oleh Petroleum. Saya
rasa pendapatan negara memang cukup menampung subsidi yang bertambah. Ini
menunjukkan kerajaan memang tidak mementingkan kebajikan rakyat.

Ke mana perginya pendapatan negara melalui penjualan petrol dan gas dan barangan
elekrik dan elektronik. Masalah kenaikkan harga petrol yang seterusnya
menyebabkan barang keperluan juga turut naik tidak akan berlaku jika kerajaan
benar-benar komited untuk mengawal inflasi. Masalah pembiayaan subsidi tidak
akan timbul jika kerajaan membazir dan memboros duit rakyat dengan membina
projek mega seperti mahligai PM, KLCC, F1 Litar Sepang, Bakun, dan membail out
kroni-kroni dan anak-anak PM yang bankrap. Saya rasa duit yang digunakan untuk
membina projek yang tidak berfaedah dan bail out lebih dari cukup untuk
menampung subsidi.

Inilah akibatnya memilih kerajaan BN yang hanya tahu jaga kepentingan kroni dan
diri mereka sendiri. Masalah rakyat tidak diendahkan, kalau ada pun seperti
pembasmian rasuah lesen terbang dan pil ecstasy hanyalah sandiwara dan mempunyai
kepentingan politik saja.

LTL