JAWAPAN PERDANA MENTERI YANG ANGKUH

4.46 ptg.

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon izin cuma untuk menyentuh satu perkara sahaja yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Kepong iaitu kenapa saya tidak berada dalam Dewan ini dalam perbahasan-perbahasan berkenaan dengan perkara-perkara lain. Sebabnya Tuan Yang di-Pertua, ialah saya sudah tahu apa yang hendak diperkatakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada parti lawan.

Ada yang baru yang mereka hendak kata dan oleh kerana saya sudah tahu tidak payahlah saya dengar lagi [Ketawa] sebab itu saya tidak datang. [Disampuk] Kamera pun ada, kadang-kadang kamera pun switch off juga, bising sahaja. Kalau sudah buat penjelasan berkali-kali benda itu logical, benda itu mengikut undang-undang, dok ulang begitu juga. Kalau kata lagi, maka menjeritlah cakap dengan nada yang begitu kuat, itu sahaja sebab saya tidak datang di sini tetapi saya ikut apa yang berlaku di sini saya ikut cuma ambil hati dia sahajalah, yang lain-lain itu yang bagi retoring rhetoric untuk hendak tipu orang kampung, yang itu saya tidak baca. Terima kasih.

 

(Komen: Kalau beginilah jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri maka apa perlu ada persidangan parlimen lagi. Dia sudah tahu semuanya. Dia seorang boleh buat keputusan tanpa perlu merujuk kepada sesiapa lagi. Dia sudah tahu apa yang hendak diucapkan oleh sesiapa sahaja. Negara kita hari ini porak peranda kerana dia buat keputusan seorang sahaja kerana pendapat orang lain sudah diketahuinya. Ahli parlimen BN buat apa mengampu dia lagi sebab dia juga sudah mengetahui apa yang hendak diampu oleh ahli2 parlimen BN. Inilah Perdana Menteri yang diagong-agongkan oleh UMNO dan BN)- Awang Siber