PILIHANRAYA LUNAS

 

Penamaan Calon 21.11.2000

BARISAN ALTERNATIF

 

 

Kenyataan Web Master Komentar,

Kita sekali lagi menghadapi Pilihanraya Kecil setelah melalui Pilihanraya Kecil Sanggang dan Teluk Kemang. Kita seharusnya membulatkan tekad untuk menghadapi pilihanraya ini dengan iltizam dan semangat perjuangan yang baru dijana melalui Perhimpunan 100,000 rakyat Malaysia.

Sdr-sdr di Lunas,

Barisan Alternatif hadir untuk memastikan bahawa negara kita ini tidak di miliki oleh sekumpulan mereka yang berkuasa di Malaysia lantas menggunakan kuasa sewenang-wenangnya untuk diri dan kroni mereka sendiri.

Kita perlu sedar bahawa DUNIA ANTARABANGSA jelas mengutuk sistem kehakiman kita yang di jalankan penuh dengan kejijikan oleh kerajaan memerintah demi menyelamatkan Dr Mahathir dari BERTANGGUNG JAWAB MEMFITNAH SDR ISLAM KITA SDR ANWAR IBRAHIM.

Sdr-sdr Di Lunas

Media Kerajaan gagal memberitakan bagaimana seluruh dunia Islam sedar dan perihatin atas kekejaman dan kezaliman yang di perlakukan keatas Sdr Anwar Ibrahim. Mereka sibok mengatakan bahawa Barisan Alternatif bersenkongkol dengan 7 senat Amerika sedangkan pada hakikatnya 34 pertubuhan Islam di Indonesia yang mewakili hampir keseluruhan umat Islam Indonesia menggesa Dr Mahathir membebaskan Anwar Ibrahim kerana menurut mereka sistem hukum ( perundangan ) kita lebih kepada percaturan politik dari keadilan.

Sdr-sdr Di Lunas,

Malaysia sekarang di fitnah. Malaysia sekarang berbudayakan kezaliman. Malaysia sekarang berdiri atas sistem yang di tentukan oleh seorang pemimpin yang rakus menolak keadilan. Malaysia sekarang di ancam, di ancam oleh kezaliman polis, di ancam dengan sistem perundangan yang tercemar dengan budaya takut dan rasuah. Jesteru itu kita perlu selamatkan Malaysia dari mereka yang gelojoh memerintah dengan hanya memikirkan diri mereka dan kuasa mereka sendiri.

Sdr-sdr Di Lunas,

Memang kemungkinan Media Internet belum begitu berkembang tetapi harapan Komentar berita-berita ini dapat di sampaikan dengan mulut ataupun cetakan oleh kita yang cintakan keadilan dan cintakan negara kita Malaysia.

Sdr-sdr Di Lunas,

Genggam dan bulatkan tekad, kezaliman dan fitnah keatas Sdr Anwar Ibrahim perlu di ambil serius. Sistem kehakiman yang di cemari perlu selamatkan. Keadilan perlu di pulihkan agar negara dapat diselamatkan dari kehinaan.

Sdr-sdr Di Lunas,

Keluar dan tentukan tanggungjawab kita terlaksana dengan kehadiran mengundi. Ingatlah bahawa mengundi mereka yang mendokong kezaliman dan fitnah khusus keatas Anwar Ibrahim mendekatkan kita pada budaya fitnah yang akan kita bawa bila mana kita menemui PENCIPTA KITA ALLAH S.W.T. Ingatlah memberi undi kepada kezaliman hanya akan merapatkan kita kepada kezaliman. Buka mata dan minda kita dan pohonlah keberkatan dari ALLAH S.W.T supaya kita jelas melihat kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah kita. Semoga usaha kita untuk membebaskan Anwar Ibrahim dan mengembalikan keadilan terlaksana.

 

Amin.