KOMENTAR
21.09.2000
BPR TIDAK JUJUR DALAM SIASATAN PERWAJA STEEL
Apakah BPR ikhlas dan jujur dalam menyiasat kes
Perwaja Steel? Price Water House
sebagai mereka yang telah melaksanakan lapuran perakuanan sudah menunjukkan
beberapa keganjilan dalam perjalanan pemberian kontrak dan pembayaran. Lapuran
PriceWater House juruodit akuan telah dikeluarkan untuk rujukan Pedana Menteri
Malaysia pada 28 May 1996 tetapi sehingga kini belum ada sesuatu yang konkrit
dari BPR tentang aktiviti rasuah dalam syarikat tersebut.
Price Water House dalam lapurannya menunjukkan bahawa
pembayaran 76.4 juta ringgit untuk NKK Corporation di letakkan sebagai “
UNUSUAL OR SIGINIFICANT TRANSACTIONS AND PAYMENTS”.
Komentar telah memberi imbasan dokumen pembayaran
Perwaja Steel berserta vocher pembanyaran, kelulusan pembayaran dan arahan
kepada Bank Bumiputra untuk pembayaran.
Semua dokumen ini boleh disiasat dan ianya menjerumus
kepada beberapa keganjilan mainan Tan Sri Eric Chia. Ini sudah terbongkar
semenjak tahun 1996 dan setakat ini BPR hanya mampu mengatakan bahawa mereka
sudah berjaya menentukan mana wang tersebut sekarang ini.
ANTARA PENCARIAN DI MANA WANG TERSEBUT DENGAN SIAPA
YANG BERTANGGUNG JAWAB DALAM PERKARA TERSEBUT.
Hampir 4 tahun perkara itu terbongkar tetapi tidak
ada satu perkara konkrit yang nampak di laksanakan oleh BPR. Eric Chia masih
tidak di siasat atau di tahan untuk siasatan. Mahathir dengan dokumen kelulusan
pembayaran datang dari arahannya tidak juga menjadi satu keganjilan buat BPR.
Kita dapat lihat bahawa permainan Perwaja Steel
dilaksanakan oleh mereka yang rapat dengan Perdana Menteri. Kita lihat yuran
guaman bagi beberapa perjanjian dalam Perwaja Steel. V.K Lingam yang terlibat dalam skandal etika Ketua Halim Negara
menerima berjuta-juta ringgit sebagai yuran guaman. V.K Lingam adalah antara
mereka yang rapat dengan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim ini mendapat lanjutan
khidmat dari Dr Mahathir sungguhpun terbukti menyalahi etika kerja. Yuran VK Lingam berjumalah hampir RM 12,204 juta.
Mereka yang terlibat dalam kemelut Perwaja Steel
sepatutnya kini berhadapan dengan tuduhan rasuah tapi sebaliknya setelah 4
tahun berlalu BPR hanya mampu membuat kenyataan akhbar yang hanya menunjukkan
peningkatan yang sedikit dalam siasatan kes mereka. Mereka gagal menjawab
kenapa kes tersebut mengambil masa yang amat lama untuk di selesaikan.
Lapuran Price Water House jelas menunjukkan bahawa
terdapat beberapa kekeliruan dan keganjilan dalam pembayaran dan pengendalian
kontrak. Ini semua tidak diakui oleh BPR. Sebaliknya BPR lebih gemar bermain
dengan kes-kes lesen terbang dan lesen palsu. Itu lebih mudah kerana
penangkapan mereka yang terlibat tidak akan di bela oleh Mahathir dan regimnya.
Kita lihat dokumen Price Water House yang menunjukkan
bahawa terdapat pembayaran sebanyak RM 103 juta ringgit yang di buat kepada Man
Shoon Group of Companies yang tidak mempunyai dokumen sahih.
Bayaran Man Shoon Group Of Companies
Imbasan
pecahan pembayaran Man Shoon
103 juta ringgit pembayaran yang tidak berdokumen
APA SEBENARNYA MASALAH BPR
BPR akan mengatakan bahawa mereka sedang giat
menjalankan penyiasatan tetapi tidak boleh menghebohkan siasatan tersebut
kerana tidak mahu menganggu penyiasatan. Ini boleh kita terima tetapi bolehkan
kita terima siasatan yang mengambil masa yang paling lama sedangkan kes
kerugian/kehilangan wang Perwaja Steel adalah kes besar yang melibatkan
berjuta-juta ringggit.
4 tahun untuk menjalankan siasatan pada hemat
Komentar adalah kerana campur tangan kepimpinan UMNO khususnya Mahathir dalam
siasatan tersebut.
Eric Chia pasti mampu membuktikan (sekiranya beliau
tersempit ) bahawa peranan Mahathir juga wujud dalam skandal kewangan yang
besar dan bersejarah ini. Ini semua mainan mereka dalam menutup dan membela
mereka yang mengamalkan perbuatan rasuah dan merasuah. Andai mereka khususnya
regim Mahathir tidak membantu Eric Chia maka Eric Chia terpaksa mengheret
Mahathir sekali dalam skandal Perwaja ini. Itulah sebabnya setakat ini BPR
tidak dapat menjalankan kerja mereka dengan bebas tanpa halangan dan tekanan.
BPR kalau dilihat dari sudut kelewatan pengendalian
kes ini berpunca dari tekanan pihak kepimpinan kerajaan khususnya Mahathir. Inilah
punca BPR dikatakan tidak bebas dan tidak ada kredibiliti apabila menyiasat
rasuah yang melibatkan nama kepimpinan negara yang besar.
Bagi KOMENTAR BPR tidak ikhlas dan tidak berakhlak
dalam menyiasat perkara ini.
KOMENTAR
Bebaskan Anwar Ibrahim