KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

 

NEGERI SEMBILAN PERLUKAN SUARA PEMBANGKANG

02.06.2000

 

Budaya UMNO khususnya menolak kehadiran pembangkang dalam demokrasi terpimpin mereka. Slogan demokrasi terpimpin pernah diibaratkan oleh UMNO sebagai formula keharmonian negara. Demokrasi terpimpin dan pemimpinnya ialah Dr Mahathir hanya menunjukkan kezaliman terselindung dan pimpinan senget yang tertutup. Dr Mahathir yang melebelkan demokrasi di Malaysia sebagai demokrasi terpimpin hanya mengesahkan bahawa sistem demokrasi negara ini sedang sakit dan kesakitan ini akan memusnahkan sistem demokrasi tersebut. Memusnahkan sistem ini membawa makna bahawa satu sistem baru harus dijalankan. Maka Mahathir seperti kumpulan KRU ada formula. Formula menggantikan lunas-lunas demokrasi kepada lunas-lunas diktator dan menamakannya “demokrasi terpimpin”.  

 

Pencabulan definisi dan lunas pegangan sesabuah negara demokrasi seperti di Malaysia hanya menunjukkan sejauhmana Mahathir berani merubah segala sistem untuk mengikuti rentak dan tarian beliau. Mahathir bijak, setelah 17 tahun “lebih kurang” beliau memerintahan maka introduksi kepada kemewahan dijadikan ukuran hidup. Nilai budaya dan agama ditenggelami oleh budaya kemewahan,kebendaan dan politik kotor. Maka isu moral dijadikan isu nombor 2. Rakyat digesa menuntut kemewahan berlebihan dan  kemewahan ini mereka  selaputi dengan budaya kotor dan menjijikkan. Mereka menuntut rakyat mencari dan memastikan agar wang penentu segalanya. Isu moral, ketidakadilan dan kezaliman mereka harap akan tertutup dengan banjiran . Inilah budaya yang diajar dan budaya inilah yang menjadikan ahli UMNO yang lain akur kepada kezaliman. Inilah budaya yang diajar dan budaya inilah yang menjadikan ahli UMNO rakus mahu memegang kuasa. Inialah ajaran mereka dan inilah yang menjadikan ahli UMNO terangguk-angguk kepada Dr Mahathir.

 

Bangkit dan sedarlah. Budaya UMNO perlu ditolak. Dr Mahahtir perlu diketepikan dan terus disingkir dari terus rakus berpegang pada kuasa. Usahakanlah ….kerana kita menuntut keadilan

 

KOMENTAR