SEKRETARIAT OPS 2004
 
Email: ops2004@mailcity.com
 
26 Oktober 2000
 
Assalammualaikum/Salam REFORMASI.
 
1. Bagi pihak Sekretariat kami ingin merakan ucapan ribuan terima kasih di atas
keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh Saudara membantu kami Warga ATM & PDRM
merealisasikan hasrat kita bersama rakyat Malaysia menjatuhkan Rejim Mahathir
Tua itu.
 
2. Teristimewa salam buat Saudara Haji Saari Sungib yang begitu komited membantu
kami selain dari para Pengurus Laman Web Pro REFORMASI yang memperuntukan kepada
Sekretariat ini sedikit ruang untuk menyampaikan mesej Sekretariat ini kepada
Warga ATM & PDRM untuk dikongsi bersama rakan-rakan 'civiliance'.
 
3. Kami mengharapkan bantuan dari anda rakan-rakan 'civiliance' agar dapat:
 
   a. Memfotostat seberapa banyak yang mungkin info
   mengenai Sekretariat ini dan mengedarkannya kepada
   Sahabat mahupun Saudara yang bertugas dengan ATM
   dan PDRM. Highlight kan nama Rafidah supaya mereka
   bertambah terbakar dengan BN/UMNO.
 
   b. Mengamalkan silaturrahim dengan Warga ATM & PDRM
   walaupun mereka terutama sekali anggota Polis di
   tempat anda 'jahat' dan menentang perjuangan suci
   anda itu.
 
   c. Apabila berurusan dengan pegawai polis, ambillah
   sikap 'ular menyusur akar takkan hilang bisanya'.
   Maknanya, ambillah pendekatan mentarbiyah mereka.
   Insyaallah suatu hari nanti mereka akan sedar yang
   mereka itu sebenarnya berkhidmat untuk rakyat dan
   bukannya untuk Mahathir Tua itu.
 
   d. Jemputlah para pegawai Polis & Tentera yang ada
   di sekitar tempat anda menyertai aktiviti-aktiviti
   yang dianjurkan. Kita kena main perang saraf dalam
   hal ini. Soal jemputan makan (dinner/hightea/
   kenduri kahwin) kalau dijemput takkan mereka
   menolak. Psyco beb...
 
4. Saudara yang dikasihi, kami Warga ATM & PDRM tidak akan mengampunkan seorang
betina sundal bernama RAFIDAH AZIZ.
 
   'Macam mana Kerajaan nak luluskan permohonan gaji
    lebih Askar & Pulis, dia orang tu bukannya pandai
    sangat, setakat Darjah 6 aje. Askar & Pulis ni
    kerja menghabiskan beras aje'.
 
5. Sekali lagi kami ingin mencabar Rafidah Aziz pernyataan tersebut berbentuk
fitnah sila segera nafikannya. Jika tidak bersiap sedialah kamu untuk menerima
kempen memalukan kamu melalui OPS NYAH RAFIDAH yang akan kami laksanakan tidak
lama lagi.
 
6. Tetapi sejauh mana antinya anggota Tentera & Polis terhadap kenyataan paling
bangsat pernah dikeluarkannya itu masih menjadi persoalan. Kita kenalah mengkaji
sejauh mana sikap serta keraktor rakyat Malaysia yang tinggal di bumi
Khatulistiwa ini. Oleh kerana di bumi Kahtulistiwa 'Live is easy. Everything is
very simple', maka sikap dan perangai
penduduknya terasimilasi dengan keadaan geografi ini. Sekretariat berjanji akan
sentiasa bertindak memanaskan keadaan. Orang yang sudah 43 tahun membuta (iaitu
Warga ATM & PDRM) perlulah dikejut dengan berhati-hati. Kami yakin bahawa
Saudara memahami senario sebegini.
 
7. Jika rakan-rakan 'civiliance' mempunyai apa-apa cerita mengenai Rafidah Aziz,
para pegawai Tentera & Polis yang menjilat Mahathir (BN/UMNO), bolehlah dikongsi
bersama untuk hebahan semua rakyat
Malaysia. Tapi pastikan ianya benar dan tidak berunsur fitnah. Kerana kita mahu
membentuk suatu sikap bertanggungjawab, transperence dan beretika mulia.
 
8. Akhir kata, salam perjuangan dari kami. Kami mengalu-ngalukan sebarang bentuk
komen mahupun pandangan dari anda semua. Kami telah mewar-warkan mengenai
PROGRAM PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT kepada anggota Tentera & Polis di:
 
   a. Kem KEMENTAH (MINDEF), KL.
   b. Kem Si Rusa, Port Dickson.
   c. Kem Wardieburn, KL.
   d. Kem Sungai Besi, KL.
   e. Pusat Latihan Polis KL (PULAPOL).
   g. Pengkalan TUDM Sungai Besi, KL.
   h. Pengkalan TUDM Subang.
   i. Kem Mahkota Kluang.
   j. Kem Batu 3 Kluang.
   k. Kem Terendak Melaka.
   l. Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.
   m. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
 
9. Biarkan 1,000 Risik Tentera & Special Branch yang datang. Apa boleh mereka
buat terhadap kami. Kami adalah KAKITANGAN AWAM dan bukannya KAKITANGAN
KERAJAAN. Dan.., rakan-rakan 'civiliance' jangan
takut. Kita berniaga secara sah. Orang yang berniaga secara sah, punyai lesen
perniagaan dan lesen Bandaraya apa perlu takut menarik pelanggan dan mengadakan
promosi. Tahniah Saudara Saari Sungib kerana anda merupakan pemimpin perintis
yang mengamalkan ketelusan dalam penganjuran aktiviti anda.
 
10. Kami tidak menjanjikan penglibatan dengan kekuatan 100,000 anggota. Namun
walau 100 yang hadir ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa TENTERA BERSAMA
RAKYAT & POLIS MESRA RAKYAT.
 
11. Tontonilah filem PHIR BHI DIL HAI HINDUSTANI. Mungkin rakan-rakan
'civiliance' boleh belajar bagaimana AJAY BAKSHI (Shah Rukh Khan) & RIA BENERJI
(Juhi Chawla) mentarbiyah anggota Polis sampai apabila
Inspektor Sab mengarahkan anggotanya menembak ke arah pendemostrator mereka
menurunkan senjata dan seterusnya apabila pendemostrator menuju ke arah pintu
Central Jail, Commisoner Sab membuka topi tanda
kebenaran untuk mereka menakluki penjara.
 
Dengan hormatnya,
 
 
SARJAN SERIGALA
Ketua Platun OPS
 
Kem Si Rusa
70100 PORT DICKSON
 
bp
 
LEFTENAN KLUANGMAN
Ketua Pengarah OPS