Program Sumpah Keramat II
anjuran Pemuda keADILan di bawah pimpinan Mohammad Ezam Mohd Nor yang berjalan
seiring dengan Bulan Reformasi 2000 telah mendapat sambutan hebat daripada
pelbagai lapisan rakyat Malaysia.
Sumpah Keramat II yang
diadakan di Pasir Puteh, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sepanjang Bulan
Reformasi ini telah masing-masing berjaya menghimpunkan kira-kira 30,000 orang
penyokong dan pendukung reformasi.
Sumpah Keramat ini nyata
menyaksikan para pemuda keADILan beriltizam untuk;
Pertama;
Kedua;
Berjanji untuk berjuang
membebaskan Anwar Ibrahim dalam tempoh masa tidak lebih dari 15
bulan
Ketiga;
Berikrar untuk berdiri
teguh berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan dengan
ikrar:-
Kenyataan Dr Thir (Maha hanya untuk Allah Yang Maha Esa) untuk menumpukan
perhatiannya kepada parti sekadar ingin mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam
UMNO. Hakikatnya, krisis dalaman UMNO sudah sampai ke peringkat yang cukup
serius dan masanya sudah tiba untuk UMNO dikuburkan. Di dalam UMNO sendiri
terdapat tiga puak yang paling dominan dan sentiasa bercakaran antara satu sama
lain untuk merebut tampuk kekuasaan di dalam parti. Puak paling dominan
diterajui oleh Dr Thir atau lebih dikenali sebagai Team A. Pesaing terdekatnya
iaitu Team B diketuai oleh TPM Abdullah Ahmad Badawi. Manakala puak yang ketiga
ialah Team Wawasan yang dipimpin oleh Najib Tun Razak.
Khabarnya Dr Thir telah menyerahkan tanggungjawabnya kepada TPM untuk
mentadbir negara dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai PM. Apakah benar Dr
Thir akan menyerahkan kuasanya begitu sahaja? Sebenarnya tujuan beliau adalah
untuk memantau serta mengawasi segala tindak-tanduk musuh-musuh politiknya dan
apabila ternyata mereka cuba mengancam kedudukannya barulah beliau akan segera
bertindak balas tanpa belas kasihan terhadap musuh-musuh politiknya itu. Taktik
sebegini telah beliau gunakan terhadap mantan TPMnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kini, kedudukan Abdullah Badawi semakin terancam dan beliau tidak ada pilihan
lain lagi melainkan terpaksa bekerjasama dengan Team Wawasan yang diketuai oleh
Najib Tun Razak dalam usaha untuk menumbangkan Dr Thir.
Pergolakan hampir pasti tercetus di dalam UMNO dan siapakah yang menang
akan diketahui kelak. UMNO yang kian terdesak amat memerlukan bantuan daripada
rakan-rakan komponennya di dalam BN setelah kehilangan sokongan daripada
majoriti kaum Melayu. Sebelum ini UMNO telah kehilangan empat orang Menteri
Kabinetnya serta dua orang Menteri Besarnya selepas Pilihanraya Umum diadakan.
Kini, akan menyusul tiga orang MB lagi iaitu daripada NS, Pahang dan Perlis
untuk menyertai Kelab Eksklusif Bekas-Bekas MB bersama-sama bekas MB Selangor
Abu Hassan Omar. Khabarnya, tidak lama lagi Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam akan
turut sama menyertai kelab tersebut.
Kepopularitian UMNO semakin pudar sejajar dengan kemorosotan akhlak di
kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dewasa ini. Mungkin selepas ini Dr Thir akan
melantik doktor-doktor khususnya doktor gigi untuk mengisi kekosongan jawatan
MB dan Menteri Kabinet. Selagi UMNO diperintah oleh Dr Thir selagi itulah UMNO
akan dibenci oleh kaum Melayu khususnya dan kaum-kaum lain amnya.
Politik fulus, main wayang, tabur fitnah, cakap besar, buruk siku, balas
dendam dan ugut- mengugut yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO telah
menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap UMNO. Nampaknya sandiwara UMNO sudah
tidak menjadi dan sekadar menjadi bahan jenaka rakyat jelata. Selama mana Si
Muka Tebal Dr Thir dan juak-juaknya mampu menanggung aib sebegini? Lee Kuan Yew
yang busy bodypun tidak mampu membantu UMNO lagi malah mahu tidak mahu akan
berpeluang untuk menyaksikan Barisan Alternatif memerintah negara………InsyaAllah.
Bukan Juak Abdullah Badawi dan Najib