KOMENTAR

Kenyataan Mohd Iskandar Ahmad, seorang Majistret Klang yang terlibat dalam mengendalikan kes mereka yang di tahan untuk reman sewaktu Perhimpunan 100,000 Jalan Kebun Klang.

MOHD ISKANDAR AHMAD MAJISTRET KLANG YANG SUDAH BERKHIDMAT SELAMA 7 TAHUN 6 BULAN

Pada 6.11.2000 saya telah menerima dua permohonan reman. Permohonan reman dibuat atas seksyen 117 CPC. Pertama ialah untuk 6 orang yang di tahan pada 4.11.2000 atas kesalahan enggan bersurai dan menghalang pejawat awam.

Kedua adalah terhadap 116 orang yang di tahan pada 5.11.2000. Mereka di tahan bagi kesalahan menghadiri perhimpunan haram.

Bila di soal oleh Tan Sri Anuar :~ Kenapa ada dua permohonan Reman, Mohd Iskandar menyatakan kerana ada dua pegawai pendakwa yang berlainan.

Tan Sri Anuar :~ Cuba tengok Eddie Shukor bin Ramli dan S. Puspalingam disenaraikan No 17 dan No 33 dan tiada penjelasan bagaimana mereka di tahan. Bagaimana Reman di jalankan?

Mohd Iskandar menjawab:~ Pertama untuk 6 orang :- Polis membawa keenam-enam suspek di hadapan (dalam bilik) saya dan saya menerangkan sebab-sebab penangkapan dan mereka memahami. Bersama mereka ada tiga peguambela hadir.

Kedua untuk 116 orang:- saya keluar di perkarangan Balai dan saya panggil seorang demi seorang dan saya terangkan kepada mereka sebab penahanan di hadapan peguambela seramai lebih kurang lapan orang.

(Pejuang Reformsai yang di aturkan di hadapan Balai Polis)

Professor  Mehran bertanyakan berapa hari permohonan di buat oleh Polis dan Mohd Iskandar menjawab 10 hari dan hanya 5 hari di luluskan. Professor Mehran meneruskan dengan mengatakan bahawa bukankah 5 hari itu terlalu lama untuk siasatan yang tidak rumit?. Mohd Iskandar mengatakan bahawa dia merasakan ianya memadai. Professor Mehran kemudian menanyakan samada Mohd Iskandar ada mengenakan tahanan raman untuk seorang pelajar Umi Jumainah Mohd Jan yang akan menghadapi peperiksaan dan Mohd Iskandar mengatakan ada. Di tanya kepada Mohd Iskandar kenapa dibenarkan beliau ( Umi Jumainah) di Reman selama 5 hari Mohd Iskandar mengatakan bahawa saya di beri jamiman oleh Polis (stepen Ganeson) dan akan merujuk kepada pegawai atasan dan akan membebaskan beliau secepat mungkin. Professor Mehran:~ Saudara mempunyai kuasa untuk memberi reman selama 1 hari , boleh bukan?. Mohd Iskandar menjawab "ADA".  Professor Mehran " Sekarang penahan beliau (UMI) sampai 5 hari sehingga 10.11.2000?

Mohd Iskandar " Ya, tetapi perkara itu "beyond my control"

Mohd Iskandar juga menerima aduan yang cedera adalah seramai 27 orang.