Salam Reformasi
12-04-2001
DIMANA MILITANNYA KITA?
Tuduhan melampau Ketua Polis Negara tentang usaha kita untuk
bertindak secara militan melampaui batas. Tindakan beliau dalam usaha
membela Dr Mahathir Mohamed di pandang pincang oleh rakyat. Dimana
langkah militan kita semenjak dari 1998? Apakah ada antara pihak polis
yang terkorban? Apa adakah antara pihak polis yang cedera berat? Setahu
Komentar yang cedera hanya mampu menunjukkan bekas luka sebesar goresan
duri sahaja.
Melihat pula tindakan ganas polis keatas rakyat yang hadir dalam
perhimpunan aman maka apa yang boleh kita simpulkan ialah "BIAR
RAKUS DAN GANASNYA TINDAKAN POLIS TERHADAP KITA, NAMUN SEDIKIT PUN KITA
TIDAK PERNAH MEMBALASNYA".
Dimana militannya kita sedangkan kehadiran beratus ribu rakyat pada awal
laungan reformasi yakni sekitar Sept98 keatas, namun tidak ada satu
bangunan terbakar.
PEMBELIAN PELANCAR
BOM
Satu lagi tuduhan palsu pihak polis ialah kononnya gerakan reformasi
mahu membeli pelancar bom. Satu tuduhan yang tidak berasas dan tuduhan
ini dibuat bagi membolehkan mereka menahan pemimpin parti dan aktivis
reformasi dalam kancah ISA.
Fikirkanlah, kalau
benar mereka ada bukti cubaan pembelian tersebut, kenapa tidak ditangkap
pada masa itu. Tahun 1998 hingga kini sudah melebihi 2 tahun.
Pokoknya Kerajaan
Mahathir mahu melumpuhkan gerakan reformasi yang menentang beliau,
lantas ISA digunakan. ISA digunakan kerana selama ini mereka tidak dapat
menyekat kepimpinan parti serta gerakan reformasi dari terus berjuang
membela negara dari sistem korup Dr Mahathir.
Ambil contoh Sdr Ezam Mohd Nor, beliau telah ditahan atas menghadiri
perhimpunan haram, Akta OSA, Akta Hasutan dan pelbagai kesalahan
perhimpunan aman tetapi beliau terus-menerus berjuang. Untuk menyekat
beliau, apa lagi - dikenakan ISA yang membolehkan penanhanan selama 60
hari tanpa perbicaraan.
Begitu mudah pihak
polis bertindak dalam menyokong kezaliman Dr Mahathir.
Apakah ini sistem yang
dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan. Nyata tidak.
Komentar percaya isu
pelancar bom ini akan berterusan sehingga kononnya ada pengakuan (semestinya
dibayar) akan kesahihan cerita dongeng tersebut.
KOMENTAR
|