MENJELANG PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT

KOMENTAR

Kenyataan Web Master Komentar

 

Sdr Reformis dan Pendokong Tuntutan Reformasi,

 

Salam Reformasi,

 

Kita di seru sekali lagi untuk menunaikan tanggungjawab kita pada negara. Kita diseru lagi untuk  bangkit menunjukkan bahawa negara ini perlu perubahan dari terus mendokong sistem yang dikorupkan oleh pemerintah. Kita kena tunjukkan kepada kerajaan UMNO bahawa suara rakyat adalah suara ulung dan suara muktamad dan tidak perlu mereka terus membohongi rakyat dengan lakunan seolah-olah merekalah yang senantiasa memikirkan kebajikan rakyat.

 

Sdr Reformis dan pendokong keadilan,

 

Mereka telah berlaku zalim kepada Sdr Anwar Ibrahim. Mereka memukul beliau dalam penjara dan terus membela gangster yang melaksanakannya. Keluarga ini terus di rundung malang. Ayah mereka di aibkan di seluruh dunia. Ayah mereka di keji dengan fitnah yang di lemparkan oleh Uncle Mahathir. Sdr Anwar Ibrahim kini terpaksa membela maruah dirinya dari belakang pintu penjara. Antara yang turut terpanggil untuk sama-sama  membela maruah Sdr Anwar Ibrahim ialah kita, para yang di gelar REFORMIS. Pembelaan ini juga dilakukan atas nama menghapuskan budaya jahat Uncle Mahathir dan kroninya. Uncle Mahathir dan kroninya mengamalkan budaya fitnah, menggunakan segala bentuk kuasa untuk menegakkan fitnah mereka tanpa rasa belas dan ikhsan. Ini sikap yang terkutuk baik di rujuk dari sudut mana sekali pun. Budaya fitnah ini di menjadi amalan mereka dan beribu penipuan di lakukan oleh mereka untuk menutup penipuan yang terdahulu.

 

Sdr Reformis dan pejuang bangsa,

 

Berjuta-juta wang rakyat telah digunakan untuk membuat dan menegakkan fitnah. Sewaktu hampir pilihanraya ke 10 mereka mengeluarkan video lucah yang kononnya membabitkan pengakuan wanita-wanita yang kononnya menjadi mangsa Sdr Anwar Ibrahim. Tidak ada satu lapuran polis dibuat sungguhpun kononnya pengakuan itu di buat di balai polis. Fitnah demi fitnah dilaksanakan demi mengaibkan Sdr Anwar Ibrahim. Mereka melakukan semua ini seolah-olah ini semua adalah strategi politik sedangkan perlakuan mereka membelakangi ajaran Islam dan menghina agama Islam itu sendiri. Sekarang mereka ghairah bercerita tentang perpaduan Melayu dan kononnya Anwar Ibrahim adalah punca pepecahan Melayu. Perpecahan Melayu di risaukan sedangkan budaya fitnah yang dilakukan oleh  Mahathir dan kuncunya tidak langsung dipersoalkan. Budaya fitnah yang diamalkan oleh Uncle Mahathir dan kuncunya terus disenyapkan oleh pendokong UMNO seolah-olah memfitnah itu bukan satu kesalahan besar cuma satu strategi politik untuk menumbangkan musuh politik. Kemungkaran besar ini di dokong oleh pemimpin agama yang mamakai lebel UMNO.

 

Sdr Reformis dan pendokong tuntutan refomasi,

 

Dunia Islam serta dunia antarabangsa sedar dan mengutuk tindakan  Mahathir dan kroninya. Mereka tidak mengutuk Malaysia tetapi mengutuk Dr Mahathir. Ezam Mohd Nor tidak memburukkan negara ini tetapi memburukkan kepimpinan korup, jahat dan keji.

 

Sdr Reformis dan pendokong kebenaran ,

 

Pilihanraya sudah berlalu tetapi pilihanraya yang penuh dengan misteri dan keraguan. Apabila kita minta pasukan bebas di bentuk untuk memantau pilihanraya mereka tidak benarkan. Andai mereka melaksankan pilihanraya di laksanakan secara telus apakah yang perlu mereka dikhuatiri. Sekiranya ada badan khas bertindak meneliti perjalanan pilihanraya tersebut dan andai semua dijalankan dengan benar dan telus dan BA masih tewas maka kita akan berpuas hati dan menerima kekalahan sebagai kehendak rakyat. Ini tidak, mereka terus menerus mengunakan jentera kerajaan dan menjaja nama UMNO dalam iklan TV, memainkan drama-drama bercorak propoganda demi untuk mendapatkan kelebihan. Mereka menyekat media dan segala bentuk penerangan yang membolehkan rakyat mendapat maklumat yang benar.

 

Sdr Reformis dan rakyat Malaysia,

 

Bayangkan sekiranya kita terus hidup dalam satu kepimpinan yang mengamalkan budaya FITNAH. Memukul rakyat sendiri dan mencekik halkum kita dari terus membicarakan kebenaran dan keadilan. Bayangkan sekiranya kebenaran merupakan satu dosa di bumi Malaysia. Apakah makna negara ini, negara merdeka, apakah maknanya hidup di negara sendiri sekiranya kita hidup penuh ketakutan.Kita dihalang dari menyuarakan kebenaran dan kita di ugut sekiranya mengkritik pemerintah. Ini bukan demokrasi tetapi ini hidup penuh diskriminasi.

 

Sdr Reformis,

 

Selaku Web Master Komentar saya menyeru agar kita bangkit, kita bangun dan kita jadikan suara kita satu untuk MENETANG KETIDAKADILAN DAN MENETANG KEZALIMAN.

 

Sdr Reformis,

 

Inilah masa ini bagi kita menunjukkan bahawa suara kita adalah suara rakyat dan MAHATHIR dan UMNO yang mendokong kemungkaran dan melaksanakan kebiadapan pada keluarga Sdr Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia seperti kita perlu disingkirkan. Inilah masa untuk perubahan. ini adalah masa untuk mendesak Mahathir dan kroni kejinya untuk undur berhadapan dengan dosa perlakuan mereka.

 

Raykat Malaysia jangan biarkan mereka terlepas hanya dengan sebab mereka punya kuasa dan mereka menakutkan kita. Kita tidak takut pada mereka , kita tidak hormati pemimpin berbudayakan fitnah. Kita tentang mereka dan kita lawan. Kita dokong pegangan Islam. Kita laungkan ALLAHUAKHBAR ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKHBAR. Semboyan telah berbunyi, menuju kita ke medan bagi mendesak Mahathir untuk undur.

 

 

Dengan itu,

 

Sumpah kita pada pertiwi, 5hb Nov 2000:- Kita tentang kezaliman dan kita musnahkan kemungkaran Mahathir.

 

Komentar