Salam Reformasi
03-04-2001
SIAPA YANG KATA KITA "BRUTAL", 14 APRIL INI KITA HANTAR
MEMORANDUM DALAM PROGRAM PENYERAHAN MEMORANDUM RAKYAT 14 APRIL KE
SUHAKAM.
Kita bukan "brutal". Kita juga tidak setuju pada keganasan.
Kita bukan mahu berdemo setiap hari andai perubahan sudah nampak dibuat.
Kita gugurkan nama Black 14 atau GELITA 14 April, sebagai hari
memperingati kezaliman Dr.Mahathir kepada PROGRAM Penyerahan Memorandum
Rakyat 14 April. Hari ini akan kita penuhkan dengan menghantar
memorandum kepada Suhakam. Kita akan terus menghantar semua lapuran
mengenai keganasan polis dan pencabulan hak asasi manusia biarpun
SUHAKAM masih belum nampaknya dapat memberi satu bentuk kepastian bahawa
mereka juga pendokong hak asasi manusia. Tetapi jangan luntur semangat.
Kita terus menekan SUHAKAM. Kita juga jangan luntur membuat lapuran
polis kerana dengan itu polis akan tahu bahawa mereka sekarang ini
diperhatikan untuk mengambil tindakan yang kemungkinan berlanggaran
dengan kehendak Dr Mahathir.
Menurut JK MEMORANDUM RAKYAT kita akan menyerahkan memorandum rakyat
yang akan mewakili berpuluh-puluh NGO demi untuk menegakkan hak
kebebasan bersuara rakyat.
Program ini menunjukkan kepada kerajaan bahawa kita bukan pendokong
keganasan. Kita hanya mahu menuntut reformasi atau perubahan dalam
menangani isu hak asasi manusia.
Menurut kenyataan Media Jawatankuasa Memorandum Rakyat 14 April :
Tujuan delegasi tersebut adalah untuk menyerahkan satu memorandum
berkaitan penegasan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang kita namakan
sebagai Memorandum Rakyat 14 April.
Menurut Jawatankuasa itu lagi " Tarikh
14 April dipilih sebagai memperingati tarikh dimana Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah dijatuhi hukuman selama 6 tahun diatas kesalahan rasuah
kerana salah guna kuasa pada tahun 1999. Dato Seri Anwar tetap
berpendirian bahawa beliau tidak bersalah dan menganggap sebagai satu
hukuman politik ke atas dirinya. Pada hari itu juga rakyat yang tidak
berpuashati telah mengadakan demonstrasi secara aman dan akibat daripada
itu terpaksa berhadapan dengan tindakan kekerasan pihak polis".
(semua dalam kuning dipetik dari Kenyataan Media penyerahan memorandum
rakyat kepada SUHAKAM)
Dengan penyerahan
memorandum aman ini maka kerajaan tidak boleh menganggap kita
"brutal" atau mereka yang kasar dan tidak menghormati
perundangan.
Semua kita di gesa
hadir pada Hari Penyerahan Memorandum Rakyat untuk menunjukkan sokongan
kita. Walaubagaimanapun seperkara yang perlu KOMENTAR tegaskan ialah:
BUKAN SAHAJA DATO SERI
ANWAR IBRAHIM yang berpendirian bahawa beliau tidak bersalah dan
menganggap ini sebagai satu hukuman politik (seperti dalam lapuran J/K
Penyerahan Memorandum) TETAPI rakyat yang nampak dan rakyat yang mahukan
perubahan. Kezaliman Mahathir terserlah dan kerana itu rakyat bangkit.
Oleh itu seperti yang di maklumkan oleh JK, bahawa
JK meletakan harapan besar kepada SUHAKAM sebagai sebuah suruhanjaya
yang menangani isu-isu hak asasi manusia agar meneliti prinsip-prinsip
dan butiran yang terkandung dalam Memorandum Rakyat 14 April ini.
Komentar |