KENYATAAN WEB MASTER LAMAN REFORMASI

 

Salam Perjuangan,

 

Hari ini satu lagi gemparan budaya diperlakukan samada oleh  pendokong UMNO, atau mereka yang mempunyai sikap dengki terhadap Laman Reformasi yang selama ini gigih memperjuangkan tuntutan islah dalam negara ini. Gemparan ini dilaksanakan dengan mencabuli Laman Reformasi  dan mempamerkan gambar lucah yang amat menjijikkan. Saya amat kagum dengan mereka yang melakukan perkara itu dari sudut teknikal komputer tetapi hampa dengan betapa sempitnya dan korupnya minda mereka sehinggakan gambar sejijik itu sanggup dipamerkan. Pelbagai persoalan bermain didalam minda saya dan persoalan-persoalan ini turut menganggu jiwa dan ketenteraman minda saya. Walau apa pun  perjuangan ini akan diteruskan sehingga ke titisan darah terakhir. Masalah ini akan ditangani oleh saya dengan seberapa segera  demi untuk meneruskan perjuangan ini. Mungkin inilah yang dikatakan asam garam kehidupan dan risiko perjuangan.

Laman Reformasi sering menerima banyak ancaman seperti mana yang sering saya ketengahkan tetapi serangan kali ini memberi kejayaan kepada mereka untuk menembusi Laman ini. Saya percaya masalah ini akan dapat diselesaikan. Sungguhpun begitu permasalahan sebenar ialah sikap mereka yang anti tuntutan Reformasi dokongan Sdr Anwar Ibrahim lantas mengikuti budaya sesat ,tercemar dan korup yang diambil teledan oleh mereka dari kepimpinan mereka. Mereka disesatkan dengan keghairahan sehingga tergamak mempamerkan satu bentuk gambar yang hanya melambangkan kekotoran nurani diri mereka sendiri. Budaya ini perlu tamatkan dan perjuangan inilah  dokongan saya..

Saya berterima kasih kepada rakan-rakan Pro Reformasi yang sudi menyumbangkan kepakaran mereka. bagi menyelesaikan  masalah ini. Insyallah ianya akan dapat diatasi.

Perjuangan saya tetap dengan tuntutan reformasi dokongan Sdr Anwar Ibrahim lantas saya akan berpegang pada slogan “ LAWAN TETAP LAWAN”

 

Marilah sama-sama kita pastikan kemenangan Sdr Ruslan Kassim dan seterusnya membuat perubahan dalam negara yang kita cintai ini. Kita pastikan mereka yang korup dan berbudayakan kezaliman dan ketidakadilan diketepikan serta mereka yang mengadaikan nilai budaya, sistem demokrasi dan perundangan kita dihapuskan. Pastikan perjuangan ini diteruskan jesteru dapat menyelamatkan kita dan generasi kita yang akan datang dari bencana percaturan mereka.    

 

Ingat perencanaan Allah S..W.T melebihi apa yang direncanakan oleh mereka. Bangkitlah semua pendokong Reformasi , pastikan kita berjaya. INSYALLAH

 

 

Web Master

Laman Reformasi