KOMENTAR
10.08.00
UMNO SENDIRI TIDAK MENERIMA KEPUTUSAN ARIFFIN JAKA
MAHATHIR sendirian. Keputusan kes Sdr Anwar Ibrahim
juga tidak diterima oleh anggota UMNO. Keputusan Anwar Ibrahim dianggap sebagai
satu penindasan terhadap sistem yang ada. Keputusan itu menunjukkan bahawa
sistem perundangan kita dicabuli. Ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan
sistem pemerintahan kita sudah tercemar dan menjadi mainan buat kerajaan
khususnya Mahathir.
Cabar menteri-menteri yang ada samada mereka berani
mengatakan bahawa mereka PERCAYA terhadap keputusan tuduhan yang dibuat oleh
Mahkamah. Tanya mereka apakah mereka berani mengatakan DEMI ALLAH AKU PERCAYA
TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH ITU.
Mahathir telah melewati kesabaran kita. Hakikatnya
UMNO sendiri sudah sedar akan kezaliman Mahathir dan sesuatu harus dilaksanakan
bagi menghilangkan Mahathir dalam UMNO dengan harapan UMNO dapat diterima
kembali. Siapa yang dapat menyelamatkan UMNO pada pilihanraya 2004. Sudah tentu
sekarang bagi UMNO,Mahathir adalah liability. UMNO sedar mereka sendiri
diambang kemusnahan dan kehancuran dan ini hasil perbuatan Mahathir dan
konspirator yang lain. Malaysia kini dimalukan oleh perbuatan Mahathir.
Mahathir memanipulasikan hampir keseluruhan sistem hanya untuk menegakkan
rekaan fitnahnya dan bagi menutup lantas menghancurkan sesiapa yang menghalang
ketamakkan beliau dan keluarganya.
Mahathir harus sedar UMNO sendiri sudah mula
melahirkan kebencian terhadap Mahathir. Kezaliman yang diperlakukan terhadap
Anwar menyebabkan UMNO sendiri menentang beliau.
Bagi Reformis…..LAWAN TETAP LAWAN