UMNO@BN….###XXXX? LUNAS UNTUK SIAPA….?????


Tinggal satu hari lagi….mesyuarat khas Pindaan Perlembagaan UMNO@BN diadakan…..tapi suatu kejutan dan lakonan palsu ciptaan UMNO@BN untuk ahlinya dilakukan…..!!! belumpun sempat dibincangkan dalam mesyuarat khas… MT telah bersetuju (kononya) menolak usul / cadangan Presiden Mahathir@Mahafiraun agar jawatan MT dipertandingkan 5 tahun sekali mengikut masa pilihanraya umum….???? Tapi sebelum 16hb.Nov.2000….rata-rata MT dan penjilat UMNO@BN …..bukan main hebat menyokong cadangan Presiden Mahathir@Mahafiraun ini…..tapi pada 16hb.Nov.2000 pulak…..atau saja nak buat gempaq kat perwakilan yang mula sampai hari ini…..atas alasan MT menerima pandangan dan saranan pringkat akar umbi untuk mengekalkan 3 tahun sekali pemilihan MT…..!!!! ini sandiwara yang terbaharu lakonan UMNO@BN untuk rakyat Malaysia.

Inilah lakonan yang cuba memerangkap minda ahli UMNO@BN …… secara tidak lansung beberapa cadangan pindaan perlembagaan yang akan dibahaskan pada 18hb.Nov.2000 ini akan menjadi lebih mudah dan dengan rasa bodoh serta bangangya perwakilan ini akan meluluskan pindaan tersebut…tanpa rasa ragu-ragu…inilah perangkap Mahathir@Mahafiraun ….dengan sengaja membesarkan isu pemilihan MT 5 tahun sekali…….inilah cara Mahathir@Mahafiraun untuk mengkaburi mata ahli UMNO@BN …. Dalam isu pindaan perlembagaan ini….??? Secara rasminya pemilihan MT 5 tahun sekali hanya kambing hitam bagi Pindaan yang akan dibuat 18hb.Nov.2000 ini………!!! Itulah hakikat sebenarnya……!!!! Tapi bagi pendokong GERAKAN REFORMASI MALAYSIA ….. walaupun 18hb.Nov.2000 ini UMNO@BN nak bercakar, nak berbunuh, nak berpesta buih….lantak hang lah…!!! Hang punya suka…!!! Lagi cepat UMNO@BN terkubur lagi baik….!!!! Lagi cepat puak-puak UMNO@BN dan kroni Mahathir@Mahfiraun mampus lagi baik….!!!

Apapun berlaku 18hb.Nov.2000 ….. ia tidak menjadi kudis dalam BARISAN ALTERNATIF ….. tetapi ia menjadi markah BONUS buat BARISAN ALTERNATIF……!!!! Dan secara rasminya PAKU TERAKHIR KERANDA UMNO@BN yang dipakukan sendiri  oleh Presiden Seumur Hidup Memanda Menteri Mahathir@Mahafiraun pada 18hb.Nov.2000 adalah hadiah yang paling istimewa buat BARISAN ALTERNATIF……hadiah yang paling sadis dan tragedi buat penjilat UMNO@BN pada alaf baru ini…..itulah senario POLITIK MALAYSIA DI ALAF BARU.

UMNO@BN begitu terdesak dan makin terdesak malah sesak nafas bak lembu naik minyak……apabila Sdr. Saifuddin Nasution menjadi calon BA di LUNAS…..apa yang dilihat Pindaan Perlembagaan UMNO@BN  pada 18hb.Nov.2000 ada kaitan rapat dengan Pilihanraya kecil Dun Lunas….. disini jentera Pilihanraya UMNO@BN bagikan terpalu dan tersentak apabila BA menamakan Sdr. Saifuddin Nasution sebagai calonya….. apa yang telah dilakukan pada pilihanraya umum ke 10 di Parlimen Padang Terap oleh Sdr. Saifuddin telahpun menyesakkam UMNO@BN ….kini di LUNAS….dengan isu MURTAD, PERKAUMAN, ANAK LUAR NIKAH, SEKOLAH WAWASAN, SISTEM GAJI BULAN PEKERJA LADANG, KEGANASAN POLIS, KEMISKINAN, PUTRAJAYA DILELONG OLEH MB DAN SULTAN, WANG IHSAN, BONUS KAKITANGAN KERAJAAN, KENAIKAN HARGA MINYAK DAN KEPERLUAN ASAS, PENGKHIANAT NEGARA….dan PERHIMPUNAN JALAN KEBUN….!!!! Isu-isu ini telah cukup mengerunkan UMNO@BN serta juak-juaknya…..dan mereka kenal benar siapakah Sdr. Saifuddin……seorang pemidato dan pemimpin yang akan mengatakan perkara yang hak dan menolak yang batil serta disokong dengan fakta dan bukti yang kukuh lagi sahih didalam setiap ucapan dan gerak-kerjanya…. Inilah kelebihan Sdr. Saifuddin….!!!!

Tapi walau apapun kelebihan Sdr. Saifuddin sebagai calon BA di LUNAS……kalau PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA LUNAS masih berkhayal dan dilamun mimpi…..segala hasrat dan cita-cita BARISAN ALTERNATIF menafikan 2/3 majoriti BN di KEDAH akan berkubur……dan UMNO@BN akan berkokok sakan bak ayam jantan kehilangan tajii…..!!!!! percayalah kelalain dan rasa gah akan membuatkan BARISAN ALTERNATIF gagal sekali lagi di LUNAS…… Apa yang kita mahu adalah KOMITED dan BERJUANG untuk memastikan BARISAN ALTERNATIF menjadi PEMENANG DI LUNAS …..!!!! Kita semua sedar dan akur ….. petugas UMNO@BN memang mewah ($$$$$$) serta mendapat segala kemudahan dalam menjalankan tugas….. tapi kekurang dan kurang mampu ($$$$) bukan menjadi alasan untuk mengaku kalah awal ….. yang pentingya LAWAN TETAP LAWAN…. LAWAN SAMPAI MENANG….ingat segala pengorbanan anda akan mengubah SISTEM POLITIK MALAYSIA ….. UMNO@BN dalam proses pupus serta berkubur. ….jadi inilah peluang yang terbaik untuk rakyat marhain membuktikan BARISAN ALTERNATIF adalah pilihan terbaik rakyat dan bangsa Malaysia untuk memerintah MALAYSIA secara ADIL.

Hari ini mata dan minda rakyat marhain tertumpu kepada DUN LUNAS…..satu-satunya DUN yang serba mencabar….walaupun ia hanya satu kawasan kecil….tapi dengan pengundi seramai 26,000 orang….ia mencerminkan suasana yang berbeza dari lain-lain kawasan DUN…pada kebiasaanya 10,000 - 15,000 pengundi sehaja…!!! Ujian getir kepada semua petugas JENTERA PILIHANRAYA BA….. kalau BARISAN ALTERNATIF mampu mengembeling tenaga ke tahap maksima seramai 5,000 orang dengan 1,000 kenderaan, Insya Allah DUN LUNAS akan memihak kepada BA…..sokongan dari pelajar USM dan UUM serta UiTM amatlah diperlukan….adalah baik Persatuan Pelajar Islam memberi bantuan tanpa berbelah bagi di LUNAS dalam memastikan Barisan Alternatif mencapai kejayaan.

Percaturan dan pertembungan kuasa di DUN LUNAS amat ketara hari ini…. JENTERA UMNO@BN telah bergerak lebih 1 minggu yang lepas dengan bantuan media kroni….. tetapi BA masih lagi ditahap minima pergerakkan Jentera Pilihanrayanya….. namun begitu dengan pengalaman di Sanggang dan Teluk Kemang sebaik iktibar dan ingatan….. LUNAS pasti menjanjikan satu PERJUANGAN YANG SENGIT dan PANAS bagi Calon YB yang bertanding…..walaupun terdapat seekor calon BEBAS ( asal dari planet mana tak tahu…!!!) cuba mengacau daun disana…yang pastinya calon hantu ini adalah tajaan UMNO@BN untuk memberikan undi BONUS kepada calon MIC@BN …..!!!! .

Diatas kertas dan senario semasa…. Calon BA memang mempunyai harapan cerah menang di LUNAS….. namun begitu UMNO@BN memang mempunyai senjata $$$$$$$$ …..????? Sebagai PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA BA di LUNAS ….. kita semua wajib bertanggung-jawap untuk menerangkan wang dan kemewahan bukan menjanjikan kesejahteraan serta keadilan dalam hidup ini….ini peranan utama perayu undi BA….. jika kita semua berjaya menukarkan minda pengundi LUNAS bahawa wang dan kemewahan tujuan utama dalam hidup ini…. Insya Allah kita tidak menghadapi masalah di LUNAS…..memang tidak dinafikan wang dan kemewahan palsu inilah yang digunakan oleh UMNO@BN untuk mengula-gulakan pengundi di LUNAS dengan modal tak sampai RM 50.00 mereka berjaya mendapat 1 undi ….. itulah taktik yang digunakan di Sanggang dan Teluk Kemang…..begitu juga isu PERKAUMAN akan diperbesar-besarkan oleh UMNO@BN …dalam usaha menakut-nakutkan pengundi CINA dan INDIA….dengan meletakkan PAS sebagai ekstremis ISLAM serta….CINA dan INDIA akan menjadi mangsa ekstrimis PAS ini….itulah isu yang dicanangkan oleh UMNO@BN sejak pilihanraya yang lalu. Kini tanggungjawap semua PETUGAS BA…memberikan keyakinan bahawa orang CINA dan INDIA adalah rakyat dan bangsa Malaysia….mereka adalah pejuang dan patriotic kepada negara Malaysia….inilah tugas utama yang perlu diteliti dan dihalusi oleh semua PETUGAS BA…..yang pastinya pengundi MELAYU dan BERAGAMA ISLAM di LUNAS…Insya Allah kita yakin dengan mereka…tapi jangan lalai…jangan disangka air yang tenang tak de buaya…..???? Mungkin kita menghadapi masalah dengan orang MELAYU yang mengaku ISLAM tapi….mengamalkan kehidupan patung berhala UMNO@BN …..tapi dengan keyakinan dan usaha bersepadu dalam semua pihak dalam BA….golongan MELAYU jenis masih boleh dilentur dan diperbaiki…kerana darah MELAYUnya masih merah…bukanya merah/putih….selagi ada usaha…selagi itulah kejayaan akan muncul.

Secara mutlaknya kini…. UMNO@BN kini berada dalam keadaan gundah-gulana yang amat sangat…. Lagi ditekan BARISAN ALTERNATIF … lagi ramai rakyat marhain bangkit ….. lagi dihina diperlekeh…lagi ramai rakyat marhain memberikan sokongan padu…..apakan daya nasi dah menjadi bubur….nak dikembalikan tarikh sebelum 2hb.Sept.1998 adalah satu perkara mustahil ….kerana masa tidak pernah berundur…..tapi manusia apabila tiba masanya ia terpaksa juga berundur….inilah kelebihan masa yang dikurniakan Allah s.w.t.

Bertepatan dengan bulan RAMADHAN …… kita yakin semua petugas BA yang beragama ISLAM akan bertambah kuat semangat JIHADnya….kerana dengan semangan PEPERANGAN BADAR yang berlaku dibulan RAMADHAN…….semangat ini benar-benar akan memberi tamparan hebat kepada petugas UMNO@BN …. Percayalah dengan niat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t……pasti segala usaha yang murni dan baik ini akan diperkenan olehnya….Insya Allah. Buat PETUGAS BARISAN ALTERNATIF……tanamkanlah semangat juang Nabi Muhamad s.a.w dalam jiwa anda….!!!! Sesungguh semangat juang Nabi Muhamad s.a.w di waktu RAMADHAN lebih tinggi dan kuat dari waktu-waktu biasa…..kerana RAMADHAN adalah ketua bagi semua bulan….dan RAMADHAN adalah bulan penuh kerahmatan bagi umat Islam di bumi Allah ini.

SELAMAT BERJUANG DAN LAWAN TETAP LAWAN…..LAWAN SAMPAI MENANG….KEMBALIKAN HAK RAKYAT…..KEMBALIKAN ANWAR IBRAHIM KEPADA RAKYAT……..KEMBALIKAN HAK DEMOKRASI RAKYAT……KEMBALIKAN MALAYSIA YANG ADIL…..PERTAHANKAN ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP….. !!!!! SEMPURNAKAN AMANAH 23 JUTA RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA YANG MAHUKAN BARISAN ALTERNATIF MENANG DI DUN LUNAS PADA 29HB.NOV.2000 INI.

BERILAH SOKONGAN ANDA SEMUA PADA HARI PENAMAAN CALON 21HB.NOV.2000 SEHINGGA BARISAN ALTERNATIF BERJAYA MENGEMBALIKAN HAK RAKYAT DAN BANGSA MALAYSIA.




" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
17HB.NOV.2000

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL