KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

13.06.2000

Salam Reformasi

 

ARIFIN JAKA MENGUGUT ?

 

Komentar tertarik dengan peranan Arifin Jaka sekarang ini dalam mengendalikan kes tohmahan liwat keatas Sdr Anwar Ibrahim. Arifin Jaka sekarang sudah seakan terdesak lalu mula mengugut Christopher Fernado ( Peguam Utama Sdr Anwar Ibrahim) dengan ugutan penghinaan mahkamah. Arifin Jaka sekarang sudah mula memainkan peranan seperti seorang peguam bela dan anak guamannya adalah Jabatan Peguam Negara yang terdiri dari Peguam Negara, Datuk Gani Patail dan seangkatan dengan beliau. Pelik melihat sistem perundangan sekarang ini, pasukan pembelaan digesa untuk menamatkan semua keterangan demi untuk mempercepatkan proses keadilan. Tuntutan mencari keadilan dan memastikan dengan benar siapa yang salah tidak penting. Hakim sekaran boleh menghalang panggilan saksi yang difikirkan pembela dapat menunjukkan kebenaran bagi pihak dirinya. Menghalang ini adalah satu penghalangan terhadap keadilan. Komentar bukanlah seorang yang arif dalam proses perundangan tetapi cukup berbekalkan minda kurniaan Allah SWT jelas nampak seakan Mahkamah dan sistem keadilan kita telah diliwat dan perlu pembelaan. Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia perlu dihadapkan kemahkamah kerana bukan sahaja ia mencabul kehormatan badan kehakiman tetapi telah meliwat badan itu dengan keji.  Arifin Jaka kelak akan menemui ALLAH bagi menerima pembalasan terhadap kejijikan perlakuannya.

 

Lagi satu insiden yang akan termaktub dalam sejarah Malaysia antara mereka yang korup dan rakus mengiakan budaya fitnah dan tohmahan.