SARANAN KEPADA KEPIMPINAN KEADILAN KELANTAN



Sungguh tidak diduga ada dikalangan ahli-ahli mahupun wakil rakyat daripada  Parti Keadilan Nasional bersifat atau berfikiran sempit dengan menuduh sebarangan tentang Parti Rakyat Malaysia (PRM). Wal-hal mereka berdua ini akan digabungkan tidak lama lagi. Mengapa masih ada suara-suara sumbang yang berbunyi pada kemuncak penggabungan ini ?. Adakah mereka dari kalangan Parti Keadilan Nasional tidak kenal akan erti perjuangan yang diperjuangkan oleh Parti Rakyat Malaysia ?

 

Sungguh terkejut dengan berita yang dikeluarkan oleh buletin Keadilan pada 5 April 2001 tentang rencana pendek menceritakan `- Idealogi PRM berbau sosialis dan tidak dapat di terima oleh keADILan Kelantan`. Ini adalah salah satu fakta sempit yang dikemukakan oleh  Sdr Mohamad Mustafa dan Haji Ramli Ibrahim tentang Parti Rakyat
Malaysia.

Memang tidak dapat dinafikan bahawasanya PRM dahulu ada menerapkan nilai-nilai sosialisnya. Tetapi adakah Sdr Mohamad Mustafa dan Haji Ramli Ibrahim tahu sosialis bentuk apakah yang diterapkan oleh PRM sekarang?

 

Sepatutnya Sdr Mohamad Mustafa dan Haji Ramli Ibrahim lebih terdahulu mengetahui tentang sejarah PRM terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fakta-fakta yang sempit dan memalukan itu. Dalam kenyataan Keadilan Kelantan bahawasanya `katanya, Kita bimbang penggabungan ini akan menyebabkan Keadilan menjadi PRM.  Dimanakah relevannya pemikiran ini ? Sebuah parti yang kecil seperti PRM akan mengugat Keadilan, mengapakah
mereka-mereka yang terserpih daripada UMNO ataupun daripada Barisan Nasional ini sungguh dan begitu takut sekali dengan PRM yang dilabelkan sebuah parti yang kecil dan tidak mempunyai pengaruh pada masa kini ?

 

Atas dasar apakah mereka-mereka ini mesti takut terhadap PRM, adakah kerana ideologinya, adakah kerana kepimpinannya dan adakah kerana Parti Rakyat Malaysia itu sebuah parti yang kecil ?

 

Katanya lagi, Kita yang mengasaskan parti ini, kita membesar sendirian, dan  biarlah kita berjuang cara sendiri.  Dengan erti kata berjuang itu bukan  bermakna kita ini menang dari segi pilihanraya, keahlian ramai tetapi berjuang ini adalah salah satu erti kata yang begitu susah untuk dilabelkan kepada mana-mana parti ataupun individu. Tetapi bagi saya PRM boleh dikatakan sebuah parti yang berjuang demi menegakkan keadilan walaupun terpaksa berjuang dalam keadaan serba kekurangan. PRM berjuang selama sudah mencapai 42 tahun bersendirian tanpa apa-apa bantuan daripada mana-mana parti. Parti Keadilan yang baru berusia 2 tahun sudah melabeklan dirinya sebagai sebuah parti yang besar dan hebat. Mungkin Keadilan baru mengenali erti berjuang tetapi tidak kenal akan erti pengorbanan.

 

Dalam kenyataannya lagi yang berbunyi, PRM ADALAH PARTI BERMASALAH BUAT APA KEADILAN MEMBABITKAN DIRI DENGAN MASALAH TERSEBUT. Tuduhan ini adalah salah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali dari kalangan Parti Keadilan Nasional Kelantan. Tuduhan ini adalah seperti mereka mereka ini dari kalangan pro-kerajaan yang suka melabelkan fitnah terhadap parti pembangkang. Kita lihat sekarang kalangan Ahli Jawatankuasa Pusat Keadilan telah ramai ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka-mereka semua itu adalah tulang belakang Parti Keadilan Nasional, lihat apa yang berlaku sekarang apabila mereka-mereka ini ditahan. PRM telah melaluinya pada masa lalu dimana ramai pemimpin-pemimpin dari kalangan PRM ditahan dibawah akta yang sama iaitu ISA dan ini terus melupuhkan PRM dimana sampai sekarang ianya didalam keadaan tidak bermaya. Sekarang ianya melanda Keadilan pula dimana jikalau penggabungan ini tidak berjaya nasib Keadilan akan terus sama seperti PRM.

 

Mungkin Keadilan akan dibubarkan atau mungkin ahli dari Keadilan menganggotai parti lain. Jikalau kedua-dua parti ini bergabung daripada dua parti dan menjadi satu parti maka ianyanya tentulah kuat dan disegani oleh pihak kerajaan.

 

Ahli Jawatankuasa Pusat Keadilan sudah bersetuju akan penggabungan ini,
maka lebih baiklah penggabungan ini diteruskan. Tujuan utama pengabungan ini adalah untuk menguatkan strategi dan kepimpinan dalam keADILan agar ribuan pendokong keADILan dapat bergerak sealiran demi menjana kemenangan. Jangan ghairah bermain politik kerana dalam perjuangan ini mainan politik berlebihan tanpa mementingkan matlamat perjuangan  pasti menghancurkan cita-cita kemenangan.

 

Maka, diharap Sdr Mohamad Mustafa dan Haji Ramli Ibrahim menarik balik tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu demi menjaga etika Ber `Barisan Alternatif` agar perjuangan yang diperjuangkan oleh Keadilan itu lebih bermakna jikalau adanya pengorbanan dan jikalau kita hanya berjuang tetapi mengetepikan pengorbanan maka perjuangan

kita hanyalah sia-sia sahaja.

-maden-

24April2001