JANGAN PECAH RUMAH; UTAMAKAN DIALOG BAGI MENYELESAIKAN MASALAH PERUMAHAN KAMI Sejak bulan Mei 2000, kami telah menghantar beberapa surat kepada KTMB, Ipoh dan juga Ibu Pejabat KTMB bagi mendapatkan tarikh temujanji untuk berbincang masalah perumahan kami. YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Tajol Rosli telah mengambil berat masalah kami dan telah memberi jaminan bahawa kami tidak akan diusir keluar sehingga kami diberi tanah alternatif. Namun pihak KTMB telah masuk ke kawasan kampung kami tiga kali dan tetap meroboh beberapa buah rumah dan kuarters. Bila dijumpa, En Nordin dan En Subra dari KTMB Ipoh telah mengatakan bahawa Ibu Pejabat KTMBlah yang bertanggungjawab penuh atas projek yang dirancang di kawasan kediaman kami dan bahawa segala arahan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat KTMB. 1. LATARBELAKANG i. Kami adalah pekerja KTM yang telah bersara ataupun isteri dan anakbekas pekerja KTM. Kami telah mendirikan rumah papan di kawasan KTM JlnSpooner dengan keizinan pihak KTM dan sedang tinggal di sini selamaantara 20 dan 60 tahun. ii. Dalam bulan Mei tahun ini, kami menerima notis daripada PejabatTanah Ipoh yang memberi kami tiga minggu untuk berpindah daripadakawasan ini. iii. Sebagai golongan bergaji rendah yang telah berkorban beberapa dekaduntuk membangunkan sistem keretapi di Malaysia, kami telah membawamasalah kami ke perhatian YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri TajolRosli. Jika dihalau keluar daripada kawasan ini kami tidak ada rumahlain. iv. Dato Seri Tajol Rosli telah mengumumkan bahawa kami akan ditawarkanlot perumahan dan memberi jaminan bahawa kami tidak akan diusir keluardari kawasan kediaman kami sehingga masalah perumahan kamidiselesaikan.(lampiran). Beliau juga telah melantik Datuk Rajoo, wakilEXCO Negeri Perak untuk menguruskan hal perumahan kami. v. Sejak bulan Mei kami telah berjumpa Datuk Rajoo beberapa kali untukberbincang masalah kami. Datuk Rajoo telah memberi komitmen bahawa diaakan berhubung dengan pejabat tanah dan juga dapatkan tarikh temujanjidengan YAB Menteri Besar. Seperti diminta olehnya, kami telah memberinyasatu senarai nama penduduk yang ingin memohon lot pada bulan Ogos 2000. vi. Selain dari usaha-usaha ini, kami juga telah menghantar empat suratsurat kepada tuan sendiri untuk mendapatkan tarikh temujanji untukmengadakan perbincangan.2. KTM MASUK PECAH RUMAH TANPA MENGAMBILKIRA PERMINTAAN KAMI UNTUK BERDIALOG DAN TANPA MENGHIRAUKAN BAHAYA TERHADAP NYAWA KAMI Perobohan kali pertamai. Pada 22 September 2000, tiba-tiba KTMB telah menghantar kontraktor untuk meroboh rumah kuarters di Jalan Spooner. Walaupun kami telah berjumpa dengan En Nordin dari KTM pada 18 September 2000 untuk memberinya surat menuntut supaya pihak KTM mengadakan perbincangan dengan kami sebelum mengambil sebarang tindakan, namun pihak KTM tidak memberitahu kami dan terus masuk pecah satu blok kuarters. ii. Berhubung dengan perkara ini, En Nordin telah mengadakan perbincangan dengan kami di pejabatnya pada 29 September 2000. Dalam perbincangan itu, kami telah memberitahu En Nordin bahawa kami tidak ada halangan terhadap perobohan rumah kuarters kecuali rumah kuarters yang berbumbung asbestos. Kami telah memberinya satu salinan panduan perobohan rumah berbumbung asbestos yang dikeluarkan oleh JabatanKesihatan Perak, yang memberi penjelasan bahawa jika peraturan-peraturan keselamatan penduduk di kawasan berhampiran akan terdedah kepada habuk asbestos yang mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kanser. En Nordin telah setuju untuk hanya teruskan perobohan rumah kuarters yang tidak berbumbung asbestos. Perobohan kali kedua dan pendedahan kepada debu asbestos i Tiba-tiba tanpa sebarang notis, pada 28 Oktober 2000, kontraktor KTM telah masuk dan meroboh dua blok kuarters yang berbumbung asbestos. Apa yang mengejutkan dan merisaukan kami adalah bahawa segala peraturan-peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Perak telah dilanggar. Perobohan asbestos telah berlaku sepertiperobohan bahan lain, dengan hanya menggunakan bulldozer. Kontraktor KTM tidak pedulikan keselamatan penduduk dan kanak-kanak yang bermain berhampiran ataupun mereka yang berlalu-lintas di Jalan Spooner. ii. Pada masa yang sama, hampir 20 orang kakitangan KTM dan Pejabat Tanah telah cuba meroboh 3 buah rumah papan. Penduduk rumah-rumah ini dapat menghentikan perobohan ini tetapi mereka diberi amaran dan notis mulut untuk keluar dalam 3 hari. iii. Pada 30/10/2000, kami telah pergi ke Pejabat Tanah untuk berjumpa ADO dan ke Pejabat Menteri Besar. Kami telah menyerahkan surat untuk mereka dan telah minta tarikh temujanji untuk berbincang masalah kami. Perobohan kali ketiga – se orang tua cedera i. Pada 31/10/2000, pukul 10 pagi 3 orang penduduk telah berjumpa dengan Datuk Rajoo yang telah meyakinkan kami bahawa hanya rumah kuarters akan diroboh. Akan tetapi pada 11 pagi, pihak KTMB telah masuk dan dengan bantuan hampir 50 orang – dari KTMB, Pejabat Tanah, Majlis Bandaraya Ipoh dan polis berjaya meroboh 2 buah rumah papan. Kami telah cuba sedaya upaya untuk menghentikan mereka dan mengadakan dialog. Seorang penduduk tua telah cedera apabila dua batang kayu rumah jatuh ke ataskepalanya semasa meroboh. 3. KTMB MENGELAKKAN DIALOG DAN MEMILIH JALAN KERAS Kami rasa amat khuatir dan kecewa kerana KTMB i. tidak menghormati proses perundingan untuk menyelesaikan masalah dan jelas tidak mengutamakan dialog ii. memungkiri janjinya bahawa rumah papan tidak akan diroboh iii. tidak menghargai nyawa kami dengan mendedahkan kami kepada debu asbestos yang membawa risiko kanser iv. tidak mengambilkira kebajikan bekas pekerja dalam rancangan untuk membina dual track system v. tidak menghormati janji YAB Menteri Besar Perak supaya hentikan segala pengusiran sehingga kami diberi tempat alternatif 4. TUNTUTAN KAMI i. Segala pengusiran paksa dihentikanii. Bumbung asbestos yang sudah dipecah dibawa keluar dengan segera dengan mematuhi panduan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi mengelakkan tambahnya kesan buruk kepada kesihatan kamiiii. Pihak KTMB mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak untuk mempercepatkan proses penempatan semula Yang benar (JASBEER SINGH A/L (S. RAMACHANDRAN)CHARAN SINGH) (LECHUMI A/P SINNASAMY) (CHANDRAN A/L DORAISAMY)(GUNALAN A/L SAMINATHAN) (DALBEER SINGH A/L JAK SINGH)(RANJIT KAUR) (V. POOVADI)