SEKRETARIAT OPS 2004 Email: ops2004@mailcity.com 26 Oktober 2000

Assalammualaikum/Salam REFORMASI.

1. Bagi pihak Sekretariat kami ingin merakan ucapan ribuan terima kasih di atas keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh Saudara membantu kami Warga ATM & PDRM merealisasikan hasrat kita bersama rakyat Malaysia menjatuhkan Rejim Mahathir Tua itu.

2. Teristimewa salam buat Saudara Haji Saari Sungib yang begitu komited membantu kami selain dari para Pengurus Laman Web Pro REFORMASI yang memperuntukan kepada Sekretariat ini sedikit ruang untuk menyampaikan mesej Sekretariat ini kepada Warga ATM & PDRM untuk dikongsi bersama rakan-rakan 'civiliance'.

3. Kami mengharapkan bantuan dari anda rakan-rakan 'civiliance' agar dapat:  

 a. Memfotostat seberapa banyak yang mungkin info    mengenai Sekretariat ini dan mengedarkannya kepada    Sahabat mahupun Saudara yang bertugas dengan ATM    dan PDRM. Highlight kan nama Rafidah supaya mereka    bertambah terbakar dengan BN/UMNO.   

b. Mengamalkan silaturrahim dengan Warga ATM & PDRM    walaupun mereka terutama sekali anggota Polis di    tempat anda 'jahat' dan menentang perjuangan suci    anda itu.   

c. Apabila berurusan dengan pegawai polis, ambillah    sikap 'ular menyusur akar takkan hilang bisanya'.    Maknanya, ambillah pendekatan mentarbiyah mereka.    Insyaallah suatu hari nanti mereka akan sedar yang    mereka itu sebenarnya berkhidmat untuk rakyat dan    bukannya untuk Mahathir Tua itu.   

d. Jemputlah para pegawai Polis & Tentera yang ada    di sekitar tempat anda menyertai aktiviti-aktiviti    yang dianjurkan. Kita kena main perang saraf dalam    hal ini. Soal jemputan makan (dinner/hightea/    kenduri kahwin) kalau dijemput takkan mereka    menolak. Psyco beb...

4. Saudara yang dikasihi, kami Warga ATM & PDRM tidak akan mengampunkan seorang betina sundal bernama RAFIDAH AZIZ.    'Macam mana Kerajaan nak luluskan permohonan gaji     lebih Askar & Pulis, dia orang tu bukannya pandai     sangat, setakat Darjah 6 aje. Askar & Pulis ni     kerja menghabiskan beras aje'.

5. Sekali lagi kami ingin mencabar Rafidah Aziz pernyataan tersebut berbentuk fitnah sila segera nafikannya. Jika tidak bersiap sedialah kamu untuk menerima kempen memalukan kamu melalui OPS NYAH RAFIDAH yang akan kami laksanakan tidak lama lagi.

6. Tetapi sejauh mana antinya anggota Tentera & Polis terhadap kenyataan paling bangsat pernah dikeluarkannya itu masih menjadi persoalan. Kita kenalah mengkaji sejauh mana sikap serta keraktor rakyat Malaysia yang tinggal di bumi Khatulistiwa ini. Oleh kerana di bumi Kahtulistiwa 'Live is easy. Everything is very simple', maka sikap dan perangai penduduknya terasimilasi dengan keadaan geografi ini. Sekretariat berjanji akan sentiasa bertindak memanaskan keadaan. Orang yang sudah 43 tahun membuta (iaitu Warga ATM & PDRM) perlulah dikejut dengan berhati-hati. Kami yakin bahawa Saudara memahami senario sebegini.

7. Jika rakan-rakan 'civiliance' mempunyai apa-apa cerita mengenai Rafidah Aziz, para pegawai Tentera & Polis yang menjilat Mahathir (BN/UMNO), bolehlah dikongsi bersama untuk hebahan semua rakyat Malaysia. Tapi pastikan ianya benar dan tidak berunsur fitnah. Kerana kita mahu membentuk suatu sikap bertanggungjawab, transperence dan beretika mulia.

8. Akhir kata, salam perjuangan dari kami. Kami mengalu-ngalukan sebarang bentuk komen mahupun pandangan dari anda semua. Kami telah mewar-warkan mengenai PROGRAM PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT kepada anggota Tentera & Polis di:   

a. Kem KEMENTAH (MINDEF), KL.  

b. Kem Si Rusa, Port Dickson.   

c. Kem Wardieburn, KL.   

d. Kem Sungai Besi, KL.   

e. Pusat Latihan Polis KL (PULAPOL).   

g. Pengkalan TUDM Sungai Besi, KL.   

h. Pengkalan TUDM Subang.   

i. Kem Mahkota Kluang.   

j. Kem Batu 3 Kluang.  

k. Kem Terendak Melaka.   

l. Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL.   

m. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

 

9. Biarkan 1,000 Risik Tentera & Special Branch yang datang. Apa boleh mereka buat terhadap kami. Kami adalah KAKITANGAN AWAM dan bukannya KAKITANGAN KERAJAAN. Dan.., rakan-rakan 'civiliance' jangan takut. Kita berniaga secara sah. Orang yang berniaga secara sah, punyai lesen perniagaan dan lesen Bandaraya apa perlu takut menarik pelanggan dan mengadakan promosi. Tahniah Saudara Saari Sungib kerana anda merupakan pemimpin perintis yang mengamalkan ketelusan dalam penganjuran aktiviti anda.

10. Kami tidak menjanjikan penglibatan dengan kekuatan 100,000 anggota. Namun walau 100 yang hadir ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa TENTERA BERSAMA RAKYAT & POLIS MESRA RAKYAT.

11. Tontonilah filem PHIR BHI DIL HAI HINDUSTANI. Mungkin rakan-rakan 'civiliance' boleh belajar bagaimana AJAY BAKSHI (Shah Rukh Khan) & RIA BENERJI (Juhi Chawla) mentarbiyah anggota Polis sampai apabila Inspektor Sab mengarahkan anggotanya menembak ke arah pendemostrator mereka menurunkan senjata dan seterusnya apabila pendemostrator menuju ke arah pintu Central Jail, Commisoner Sab membuka topi tanda kebenaran untuk mereka menakluki penjara.

Dengan hormatnya,

 SARJAN SERIGALA

Ketua Platun OPS Kem Si Rusa

70100 PORT DICKSON

bp LEFTENAN KLUANGMAN

Ketua Pengarah OPS