UMNO/BN  GERAM!!!

 

Gendang Opera Klasik SUQIU yang sumbing @ sumbang masih bergema menyusuli tuntutan Hak Istimewa Orang Melayu walaupun dah dicop Komunis.

 

Gesekan biola Drama Melayu Moden pun menyering ketelinga yang menyakitkan dan sumbang @ sombong menangkis serangan: Sandiwara Sauk dan sandiwara Hak Istimewa Melayu sekarang  ini dicop pula kepada Al-Maunah @ Pas @ Barisan Alternatif.  Percaturan dah jelas tunggu sahaja pergeseran yang akan mencetuskan bara api yang akan disiramkan minyak justeru menyalakan permainan bola bola api untuk dilambung lambung.

 

Sebenarnya  Jerangkap Samar (bobby trap) telah siap dipasang untuk memerangkap  kaum Cina dan kaum  Melayu supaya bertelagah dan berlaku nya huruhara seperti 13 Mei 1969. Angkara siapa yaa?

 

Dah pun berpesan jangan lah sentuh, usik mengusik  Hak Kroni Melayu UMNO,nanti kena marah tetapi kalau Hak Istimewa Melayu BOLEH lah disuarakan tetapi bersyarat hanya satu saluran sahaja yang dibenarkan itu pun mesti berbisek bisek  bodek @ ampu nescaya kamu berjaya wahai SUQIU. Kamu orang berpakatlah himpun seluruh Orang Orang Cina MALAYSIA & SINGAPORE Buat kutipan WANG TUNAI SAHAJA dan tunggu hari Lelongan Awam (HAPPY HOUR) di CHE DET MALL (Pekan Rabu sekarang), tunggu masanya Hak Hak Istimewa Orang Melayu  akan dilungguk dan dijual murah, SELUNGGUK DUA KUPANG (Dua puluh sen) Sekupang untuk Mahathir sekupang untuk Daim . Terjamin tiada pertumpahan darah!!!. (No Way! WWW. 13th May. Com.My will not access.)

 

WAHAI SUQIU !!! bersabarlah apa yang tersirat akan tersurat dan akan tercapailah apa yang diidamkan  apabila flatform UMNO BARU(A)/BN runtuh, kepercayaan Rakyat akan hilang pada 2004 dan akan lari kePENTAS BARISAN ALTERNATIF sementara itu puak UMNO/BN  akan memasang TIME BOMB sebagai budaya ugutan keatas rakyat dan seterusnya akan meledakkan Perkara 153 seperti dalam Perlembagaan sebagai hukuman keatas Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu . Kerana apa yaa? KERANA MU Mahathir -  KERANA MU MALAYSIA BOLEH!!! Dan seterusnya  akan membuat lambaian lambaian terakhir buat Malaysia, setelah JASANYA TAK DIKENANG. 

 

Wahai Rakyat Malaysia sekelian yang kasihi !!!

 

Kalau dulu kita kata    “Biarkan Biarkan Si Lunchai dengan labu labu nya “

Sekarang kita kata:     “Biarkan biarkan Si UMNO/BN dengan Tong Taik nya”

Jangan lah kita bersama mereka bergelumang didalam tong taik nescaya bau nya tak sudah.  

Jangan lah kita terpengaruh olih pujuk rayu yang menwangikan segala segalanya padahal mereka diselubungi bau busuk taik  Jangan lah kita terpedaya dengan kilauan emas dan perak, pada hakikatnya yang yang kuning berkilauan itu ialah taik (Mohon izin Pak Shahnon)

 

KERANA MU DSAI: Mata mu lebam sebelah : mata hatiku terbeliak

KERANA MU DSAI: Dipenjarakan 15 tahun   : tangan ku takkan  berhenti memberontak

 

Tamat

 

Superwebjump.com

Perlis.