MEDIA RAKYAT
FIRAUN 2020, pengelola laman web MAHAFIRAUN 2020, menyeru semua penyokong
Reformasi agar bertenang berikutan tindakan beberapa laman web mendesak Suqiu
agar menarik kembali sesetengah tuntutan mereka yang dibuat menjelang
pilihanraya umum1999.
Kami berpegang teguh kepada manifesto Barisan Alternatif yang mendukung
prinsip musyawarah dalam membuat sebarang keputusan mengenai dasar Barisan
Alternatif mahupun dasar negara. Kami berpendapat bahawa Suqiu, atau mana-mana
pertubuhan, berhak menyuarakan pendapat dan tuntutan mereka tanpa sebarang
tekanan mahupun paksaan oleh mana-mana pihak. Mereka bebas untuk bersuara,
asalkan tidak melanggar Perlembagaan Negara.
Segala hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh mana-mana suku kaum di negara
ini adalah berdasarkan undang-undang negara dan bukannya hak abadi yang kekal
selama-lamanya. Rakyat Malaysia daripada semua kaum, sebagai warganegara yang
matang dan berpegang kepada demokrasi yang terbuka, mempunyai kuasa mutlak
meminda, mengubah ataupun mengekalkan mana-mana undang-undang yang termaktub
dalam negara ini.
Kerajaan Dr. Mahathir Mohamad telah memalsukan dasar keistimewaan orang
Melayu dengan memberi "bail out" dan wang rakyat secara tidak sah
kepada beberapa kerat "peniaga" Melayu, tetapi ramai lagi rakyat
Malaysia dari kaum Melayu yang terbiar dan merempat tanpa bantuan dan tanpa
dihiraukan oleh UMNO. Selain itu, tidak kurang pula masyarakat Cina, India dan
lain-lain suku kaum yang diranduk kemiskinan.
Mereka dipinggirkan oleh Barisan Nasional, sebuah gabungan hanya untuk
golongan mewah dan berada.
Kami percaya bahawa prinsip keadilan tidak terbatas hanya kepada orang Melayu
atau kelompok Bumiputera, sebaliknya merangkumi semua rakyat, tidak kira
bangsadan suku keturunan.
Rakyat Malaysia, melalui peti undi, adalah penentu masa depan negara ini,
termasuk isi kandunganPerlembagaan Negara.
Oleh itu, kami menyuarakan sokongan kepada para pemimpin Barisan Alternatif
untuk menggubal dasar yang sewajarnya, termasuk menimbang tuntutan Suqiu secara
terbuka, waras dan matang. Kami akan terus menjalankan tugas sebagai penyebar
maklumat Barisan Alternatif tanpa mengira suku kaum, bangsa danketurunan.
Pada kami, itulah semangat sebenar gerakan REFORMASI!
Pak Utih
Ketua Penasihat
MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020
22 Disember 2000