KOMENTAR

 

POLIS SELANGOR MULA TUNJUK BELANG

 

Sehari sebelum Perhimpunan 100,000 di Jalan Kebun pada sekitar jam 5.30 – 6.30 petang tadi ( 4hb Nov 2000) polis telah menangkap 6 reformis yang hadir di sana untuk ceramah umum hari ini.

 

Komentar di lapurkan bahawa antara mereka yang di tangkap adalah

 

1.      MD JOHARI BIN YASSIN (Ketua Pemuda Bahagian, penganjur)

2.      ABU BAKAR

3.      NORAZIMAH BT MOHD NOR (REFORMIS)

4.      ZAIDI YUSUF (Exco Pemuda Selangor)

5.      KHAIRI

5.      NIK KAMIL BIN MDROSS (Setiausaha Pemuda Bahagian)

 

Mereka di tangkap oleh Tim. Ketua Polis Selangor Datuk Johar Che Din.

 

Komentar di fahamkan bahawa polis telah mengasari mereka yang di tahan. Kawasan tersebut setakat ini telah di awasi oleh FRU dan PGA. Lori-lori Majlis Perbandaran Shah Alam telah di sediakan untuk meruntuhkan gerai-gerai yang dibuka untuk berniaga.

 

Turut di maklumkan bahawa Sdr Ezam Mohd Nor di jangka hadir untuk ceramah malam ini.

 

Komentar