KOMENTAR

 

KOMENTAR

29.04.00

 

AU YONG WAI, bebas dari tuduhan menyebarkan kabar angin melalui email. Tajuk email tersebut “ Pembelian parang oleh rakyat Indonesia” yang didakwa sebagai berniat jahat ditolak oleh Mahkamah Majistret. AU YONG WAI yang sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum 2 tahun penjara bebas kerana pendakwa gagal membuktikan bahawa dia yang bertanggung jawab menghantar email tersebut.

 

Jesteru itu ini membawa kita kepada satu lagi kabar angin yang dilemparkan oleh Dr Mahathir tentang rusuhan yang akan berlaku pada 15hb April 2000. Kabar angin ini mempunyai banyak bukti yang menunjukkan bahawa Dr Mahathir meletakkan rakyat Malaysia khususnya Kuala Lumpur dalam ketakutan. Semua media TV dan cetak mempamerkan kenyataan Mahathir.

 

Komentar

Agak-agak bila Mahathir mahu dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan menyebar kabar angin.