![]() Salam Reformasi AKU RAKYAT BIASA
-ISU YANG CUBA DILUPAKAN Perlu diingat kezaliman keatas Sdr Anwar sungguhpun berpunca dari politik TETAPI ini bukan isu politik secara keseluruhan. Hak kemanusian, pencabulan keatas perundangan, tindakan bergelumang penyakit korupi BUKAN hanya isu politik. Ini membabitkan soal maruah, soal perundangan, soal hak kemanusian, soal fitnah, soal kemungkaran, soal jenayah, soal rasuah dan kesongsangan perbuatan Dr Mahahtir dan kuncunya. Kebangkitan rakyat pada awalnya BUKAN kerana politik tetapi kepada lebih membela Sdr Anwar Ibrahim yang dizalimi. Bertitik tolak dari situ maka REFORMASI dilancarkan bagi membersihkan kerajaan memerintah dari dosa nepotisma,korupsi dan kronisma. Dari situ maka kepincangan Dr Mahathir dan beberapa menteri yang korup terbongkar. Perjuangan semakin hebat, kebangkitan rakyat mula membuak sehingga kini semua isu ini digabungkan menjadi satu senario politik tanah air. Hampir semua kita dibawa dari arus perjuangan REFORMASI kepada menjadi ahli politik yang mahu membicarakan hal politik biarpun penglibatan mereka dalam politik masih belum "polish" atau masih baru. Dalam membicarakan hal
politik inilah, antara kita yang menjadi politikus sesat dalam membuat
keputusan. Bagi Komentar ini adalah kenyataan sempit yang mahu memisahkan perjuangan REFORMASI dengan golongan reformis yang tidak mementingkan jawatan atau platform asalkan reformasi terlaksanan dan Anwar Ibrahim dibebaskan dengan golongan politikus yang juga berbicara tentang reformasi tetapi berkhidmat melobi tempat dalam parti. Apa yang nampak jelas ialah sekarang ini isu-isu ketidakpuasan rakyat mengenai hal semasa kemasyarakatan menjadi agenda utama dan meletakan isu kezaliman Anwar Ibrahim sebagai agenda kedua. Ini BUKAN SATU KEJAYAAN KITA tetapi KEJAYAAN BAGI UMNO yang mahu melupuskan isu ANWAR IBRAHIM. Hari ini Isu Anwar Ibrahim menjadi isu kedua, mungkin esok ketiga dan lama kelamaan akan terkeluar dari carta "top ten". Lihatlah dan jangan mengambil tindakan lucu dan mengatakan bahawa Komentar sudah mula melalut seperti yang berlaku pada awal tahun 2000 bila kami menjadi pengkritik Parti Keadilan Nasional. Ingat kritikan adalah untuk kita mengenalpasti kelemahan dan bagi kita menjana kekuatan. Hanya mereka yang benar membuat kemungkaran dalam mementingkan agenda tersendiri akan melenting apabila dikritik. Setakat ini Komentar pernah di gesa untuk membuat penyataan sokongan terhadap UMNO oleh mereka yang pernah dikritik oleh Komentar. Tetapi Alhamdulilah, Komentar masih teguh dengan pendokong reformasi, hadir disetiap DPS baru-baru ini. Terus melaungkan RE-FOR-MA-Si sedangan pengkritik Komentar entah kemana dalam perjuangan ini. Fikirkan lah. Komentar sanggup menjawab apa yang telah dikatakan oleh Komentar biar secara terbuka mahupun secara email persendirian. Janakan kembali Reformasi. Isu Anwar Ibrahim perlu dihidupkan semula. Kezaliman keatas orang No 2 dalam kerajaan sebegini hebat apakan pula kita HANYA RAKYAT BIASA. Komentar
|