
Salam Reformasi
11-04-2001
ABDULLAH BADAWI NAFI
TAHANAN DI BAWAH ISA.
Abdullah Badawi menafikan
bahawa tindakan menangkap beberapa kepimpinan keADILan dan pendokong
reformasi adalah di bawah Akta ISA. Menurut beliau kalau ianya AKTA ISA
maka beliau perlu menandatangai "order" tersebut.
Walaubagaimanapun beliau akan mempertimbangkan sekiranya pihak polis
mencadangkan bahawa akta ISA digunakan keatas mereka yang ditahan.
Mereka yang ditahan
sehingga kini adalah :
Sdr Tien Chua
Sdr Hishammuddin Rais
Sdr Saari Sungip
Sdr Ezam Mohd Nor
Makluman yang kami terima adalah beberapa orang lagi adalah dalam
senarai penangkapan polis. Pada mulanya anggapan Komentar ialah
penangkapan dibuat bagi nama-nama mereka yang terpapar sebagai
JawatanKuasa Menghantar Memorandum ke SUHAKAM dan perhimpunan Aman.
Walaubagaimanapun penangkapan Sdr Ezam Mohd Nor memecah teori tersebut
kerana nama Ezam BUKAN DALAM SENARAI AJK PENGANJUR.
Komentar juga
dimaklumkan bahawa kemungkinan ini adalah sikap "preventive"
polis tetapi menurut saksi yang hadir semasa Sdr Tien Chua di tangkap
polis berulangkali mengatakan bahawa tangkapan adalah berdasarkan Akta
ISA.
Penangkapan atas dasar
"preventive" kemungkinan tidak benar andai Akta ISA digunakan.
Walaubagaimanapun kita
akan mengetahui samada penangkapan dibuat atas Akta ISA esok berpandukan
samada mereka di bawa kemahkamah atau tidak.
Komentar akan terus
melapurkan perkembangan terbaru penangkapan mereka.
KOMENTAR
|