Malam Pelancaran Gerakan Menghukum Mahathir

 

Sempena dengan pendedahan Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah berhubung dengan campurtangan Dr. Mahathir dalam menutup kes rasuah kroni-kroninya, Pendokong Gerakan Reformasi akan menganjurkan satu pidato umum untuk melancarkan gerakan besar-besaran untuk mengheret Dr. Mahathir kemuka pengadilan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-


Tarikh :  25hb Jun, 2000
Masa   :  9.00 Malam
Tempat :  Markas PAS Taman Melewar,
          Gombak, Selangor


Semua pendokong Gerakan Reformasi di jemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Antara pemidato yang diundang Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Mahfuz Omar, Dr. Sanusi Othman, Sdr Tian Chua, Sdr Malek Husin, Sdr Zahid Mat Arip, Sdr Gobalakrishnan, Sdr Lokman Adam, Sdr Hishamuddin Rais, Sdr Zunar, dan ramai lagi.