Assalamualaikum & Salam Reformasi,
yang dikasihi sahabat-sahabat webmaster yang telah terdahulu berjuang di alam
cyber dan juga reformis-reformis pengunjung laman web pro reformasi sekelian.
 
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kuta terus di beri kekuatan untuk
meneruskan agenda kita untuk membuat reformasi di negara kita. Walaupun kita
terus ditekan dan diasak dengan pelbagai ancaman, ugutan atau pujukan namun kita
masih terus dapat bertahan demi menegakkan kebenaran dan menghancurkan
kezaliman.
 
Tarikh 4 Ogos akan menjadi satu tarikh keramat buat negara kita kerana pada hari
itu sekali lagi bukan sahaja rakyat Malaysia malahan seluruh dunia akan menjadi
hakim kepada kes DSAI. Kredibiliti sistem kehakiman negara kita sekali lagi
berada dalam keadaan genting. Hakim Ariffin Jaka akan menjadi penentu samada
sistem kehakiman yang sedia ada ini akan digunakan untuk menegakkan keadilan
atau hanya untuk menjadi perkakas penguasa yang zalim.
 
Hakim Ariffin Jaka sememangnya sudah mengetahui dari awal lagi bahawa sebenarnya
tuduhan itu tidak relevan namun mungkin kerana tekanan dan asakan dari penguasa
yang zalim atau kerana sedikit kepentingan duniawi maka tuduhan itu tetap
diteruskan. Sepatutnya kes ini digugurkan dari awal lagi kerana terlalu jelas
akan sandiwara yang cuba diplotkan oleh pasukan pendakwa.
 
Namun begitu sekurang-kurangnya dengan berlansungnya kes DSAI ini rakyat yang
masih cenderung kepada BN telah nampak dengan jelas beberapa kepincangan yang
mungkin mereka terlepas pandang sebelum ini. Paling mengejutkan mereka adalah
pendedahan yang telah dibuat oleh Dato' Shafie Yahya mengenai perlakuan sumbang
Mahathir menghalang penyiasatan beliau terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan.
 
Menyedari hakikat bahawa perjuangan ini masih terlalu panjang maka penulis telah
mengambil keputusan untuk bersama-sama mengharung badai berjuang bersama-sama
rakan yang terdahulu di alam cyber. Sempena tarikh keramat 4 aug ini maka
penulis telah menamakan laman yang tidak seberapa ini sebagai Hakim Negara. Di
harap semua pihak dapat memberikan sumbangan artikel dan buah fikiran demi
menjayakan agenda perubahan kita.
 
Sila lawat http://hakimnegara.tripod.com/freeanwar atau email
hakimnegara@freeanwar.com
 
Sekian wassalam