Saya selaku wakil delegasi pelajar yang menghantar memorendum sebentar tadi telah berjaya menghantar memo bantahan itu kepada Mahathir Mohammad. Memo itu tadi telah diserahkan terus kepada Mahathir Mohammad apabila dia melangkah masuk kedewan pintu utama dewan besar lebih kurang pukul 9.50 pagi. Walaupun bilangan kami agak kecil kerana pihak polis telah melakukan beberapa sekatan dijalan masuk,kami dengan tekad terus melakukan apa yang telah dirangcang. Beberapa delegasi asing(tetamu terhormat) dan boleh dikatakan hampir semua delegasi asing dan hadirin telah menyaksikan tindakkan dramistik dan berani dari pelajar. Diantara isi memo bantahan itu adalah 1.pendidikan percuma 2.bebaskan 7 tahanan isa dengan segera 3.berikan kebenaran DSAI untuk menerima perubatan diluar negara.

Kami harap semua pihak dapat memulakan kempen untuk bebaskan 7 tahanan isa dan kempen hak perubatan anwar diluar negara seberapa segera. Kami menuntut mahasiswa dan rakyat supaya lebih aktif kerana nyawa mereka kesemua adalah ditangan kita. Jika kita lambat untuk bertindak maka kita akan kehilangan pemimpin kita. Ayuh seluruh rakyat kita buat demonstrasi untuk membebasan pemimpin kita

Saya tidak lupa kepada mahasiswa dan rakyat yang sanggup menghadiri perhimpunan membantah perasmian uia sebentar tadi. Kepada teman teman yang jauh dan agak gementar dengan perhimpunan tadi saya mohon agar anda semua dapat menghadirkan diri sekali lagi(dalam perangcangan). Kepada teman teman seperjuangan yang masih ada lagi keberanian dalam diri kita jatuhkan mahathir seberapa segera jika anwar dan 7 pemimpin yang ditahan tidak dikembalikan hak mereka secepat mungkin. kita akan terus mengerakkan aksi massa untuk teruskan perjuangan ini

takbir,takbir,takbir reformasi,reformasi,reformasi student power

webmaster gmwm suara_wangsa@hotmail.com atau irwan17@hotmail.com