GABUNGAN MAHASISWA WANGSA MAJU
MARILAH BERSAMA-SAMA RAKAN KU
Bismillahirrahmanirrahim……
Assalamualaikum….
Nampaknya kerajaan dewasa ini semakin meminggirkan suara dan persepakatan
kebanyakan (majoriti) rakyat.Mereka sengaja lupa dan tidak peka terhadap
sensitiviti rakyat terutamanya bagi masyarakat Islam di negara
ini.Terbaru,demonstrasi pada Jumaat yang lalu(28 julai 2000) oleh mahasiswa/i
Islam Universiti Malaya selepas solat Jumaat bagi membantah sikap kerajaan yang
membenarkan diadakan konsert 'Vengaboys dan Bollywood' langsung tidak
diendahkan oleh kerajaan.Sebaliknya laporan mengenai promosi pesta maksiat
tersebut di dada-dada akhbar dan kaca tv semakin rancak tetapi tiada satu pun
media (kecuali Harakah)yang sudi melaporkan mengenai protes kebanyakan rakyat
terhadap konsert tersebut.
Demonstrasi pelajar yang bermula di Masjid Ar-Rahman itu patut
dipuji kerana mahasiswa kini dilihat masih berani bersuara demi kebenaran dan
kesucian agama Islam.Bantahan dan protes memang wajib dilakukan memandangkan
konsert yang dilangsungkan itu secara nyata menjurus ke arah maksiat.Ternyata
kegusaran kerajaan selama ini terhadap masalah keruntuhan akhlak dan sosial
remaja
selama ini hanyalah sandiwara semata-mata.Adalah satu pembohongan dan
pendustaan besar kalau dikatakan kerajaan amat serius dan bersusah-payah
menangani gejala sosial di kalangan remaja.
Sebaliknya saya berani mengatakan kerajaan Mahathir adalah penggalak dan
pemangkin berlakunya masalah remaja.Kalau benar mereka bimbang dengan
peningkatan kes-kes seperti pergaulan bebas,pengambilan pil
khayal,zina,pembuangan bayi dan sebagainya di kalangan remaja mengapa
mereka membenarkan kehadiran artis-artis asing membuat konsert di negara
ini.Nyata sekali konsert-konsert tersebut berbentuk maksiat,melalaikan dan
menghancurkan identiti Islam dalam diri masyarakat terutamanya golognan remaja.
Kalau mereka boleh memberikan permit terhadap aktiviti-aktiviti
maksiat,sekarang saya mahu mereka memberikan kebenaran rasmi kepada seluruh
rakyat Malaysia bagi membolehkan kita beramai-ramai menghadiri 'Judgement Day'
pada Jumaat ini dengan aman tanpa sebarang halangan dan provokasi dari
mana-mana pihak.Tapi saya tetap berdiri di bumi yang nyata, walau sebaik mana tujuan
kita pada hari itu tak mungkin kerajaan akan berbuat demikian.Sedangkan dengan
kawalan rapi oleh semua unit kontijen polis yang dikerah pada 'Black 14' lalu
rakyat masih berani melaungkan suara REFORMASI inikan pula apabila si Mahathir
itu bermurah hati nak membenarkan rakyat berhimpun pada 4 Ogos ini.Pasti kecut
perut mamak bendahara itu bila melihatkan sambutan yang menakjubkan oleh rakyat
Malaysia yang rata-rata
menyokong REFORMASI dan dah lama menyampah dengan PM yang semakin uzur itu.
Walau apa pun tindakan kerajaan dan
pihak berkuasa menjelang Jumaat ini,saya menyeru sahabat-sahabat semua jangan
sekali-kali gentar untuk hadir beramai-ramai.Mahasiswa terutamanya perlu lebih
bersemangat dan turun beramai-ramai bagi membentuk BARISAN RAKYAT yang lebih
mantap pada hari tersebut.Jangan gusar dengan amaran-amaran kerajaan yang
kononnya pelajar boleh dibuang universiti jika terbabit dengan perhimpunan 'The
Judgement Day'.Sekarang saya nak tanya lagi kepada Mahathir yang perasan muda
tu, adakah syarat kemasukan pelajar ke universiti-universiti tempatan adalah
dengan syarat mengikut telunjuk BN/UMNO dan tidak melawan kerajaan.Kita selaku
mahasiswa yang telah diterima masuk ke IPT adalah kerana usaha kita menimba
ilmu selama ini dan tiada satu pun syarat kemasukan kita ke IPT yang memaksa
untuk mengikut telunjuk pemimpin keparat itu.
Semoga
lebih ramai pelajar yang akan turun bagi memberi sokongan yang penuh terhadap
pahlawan negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim.Bersedialah dari segi mental dan
fizikal kerana pada hari itu kita pasti akan terus diprovok dan kesudahannya
barisan rakyat yang akan dipersalahkan sebagai pencetus rusuhan dan
keganasan.Sekarang saya nak cabar Abdullah Badawi,apa kata biar sekali ini
rakyat berhimpun tanpa kehadiran pihak-pihak yang gemar sekali melakukan
provokasi terhadap barisan rakyat iaitu Polis dan FRU.Saya pasti jika ini
berlaku sudah pasti perhimpunan rakyat akan berjalan lancar tanpa sebarang
rusuhan dan ketegangan.Tapi persoalannya sekarang "Berani ke Atuk Dollah
kita tu buat macam tu?". Sahabat-sahabat sekalian pasti dah tahu
jawapannya. Atuk Dollah kita tu tak kan berani buat macam tu sebab dia tentu
risau dengan keadaan Mahathir hari itu yang gelabah semacam kerana melihatkan
betapa ramainya rakyat jelata yang bersimpati dan terus menyokong "Bapa
Islah Malaysia".
Untuk menjamin kejayaan rakyat pada Jumaat ini marilah kita
beramai-ramai turun ke perkarangan Mahkamah Tinggi(benteng).Semangat saja tidak
memadai jika sahabat-sahabat tidak turut serta pada hari tersebut.Berjumpa kita
di sana.
Wanted81
(webmaster GMWM)suara_wangsa
*PELAJAR BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN*