Email ( alamat email ada pada Komentar)
dari Saksi yang nampak dengan mata sendiri

(TIAP SEMULA)

Sdr Komentar,

Sdr komentar telah memaparkan satu surat polis bahawa mereka yang ditahan dalam tahanan ISA tidak di dera dan dipukul. Untuk makluman Komentar INI TIDAK BENAR. Saya kebetulan nampak Sdr Ghani Harun salah seorang tahanan ISA dalam keadaan yang tidak memuaskan. Beliau nampak seperti telah di pukul dan di dera. Ghani Harun telah di terbangkan ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kapal terbang tentera Udara Di Raja Malaysia. Saya dengan jelas nampak keadaan Ghani Harun yang menunjukkan bahawa jaminan polis itu palsu.

Sdr Komentar, Ghani Harun didera dan kerana itulah mereka tidak mahu bawa tahanan ke Mahkamah. Bukan susah bawa tahanan ke Mahkamah, setidak-tidak menghilangkan keraguan kita tentang penderaan keatas tahanan ISA.

Kemudian mereka akan biarkan mereka sembuh dahulu sebelum mereka boleh di pertontonkan.

Sdr Komentar,

Saya tidak tahu mengenai yang lain tetapi yang pasti ialah " Ghani Harun kena belasah" yang lain saya tidak tahu.

Terima Kasih