![]()
Salam Reformasi Memang benar setelah berberapa kali DPS dijalankan "participant" semakin berkurangan mungkin kerana "support" dari mereka yang bergelar pemimpin tiada. Saban minggu semakin berkurangan dan laungan REFORMASI hanya sayup kedengaran. "Senario berbeza sekarang ini", kata seorang reformis kepada Komentar. Insiden ini
mengingatkan Komentar tentang penerima laungan reformasi dewasa ini.
Kita tidak membicarakan penerimaan rakyat terhadap tuntutan perubahan
tetapi jalan menuju dan mendesak perubahan itu perlu kita nilai dan kaji
semula. Tuntutan kehendak agar perubahan di tuntut memang sudah di
terima oleh kita sebagai pendokong reformasi tetapi apakah dengan ini
sahaja boleh menjana kemenangan?. Apakah cara ini kita pasti boleh
berhadapan dengan gagah bila sampai pilihanraya ke 11 nanti? Apa pula
bagi mereka yang tidak lagi menerima tuntutan reformasi ini? Ada pihak yang bersetuju agar tekanan terus dilaksanakan melalui perhimpunan aman yang menunjukkan kebangkitan rakyat. Ada pihak pula yang mengatakan pilihanraya 11 menjadi penentuan, oleh itu parti-parti politik khasnya perlu merangka satu strategi kearah meraih pengundi. Apa pun kedua-dua "school of thoughts" ini merasakan mereka lebih kuat dan usaha membazir diambil untuk membincangkan perkara tersebut kerana realitinya kedua-dua itu perlu. Komentar duduk
memikirkan. Apakah sebenarnya kekuatan dan kerancakan gendang paluan
reformasi hanya terasa kerana kita rapat dengan keadaan itu? Apakah
sebenarnya gendang paluan reformasi itu kedengaran atau
mungkin hanya sayup kedengaran bagi mereka yang jauh dari keadaan,
lantas menjauhkan kita dari kejayaan?
|